Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Undang-Undang Baharu Bakal Digubal Pastikan Kelancaran RTS Link Johor–Singapura

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Memandangkan projek Sistem Transit Rapid (RTS Link) Johor–Singapura akan beroperasi dua tahun lagi, kerajaan bakal gubal undang-undang  bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kawalan sempadan secara bersama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata berikutan kesuntukan masa sebelum pengoperasian RTS itu, pihaknya perlu membentangkan satu Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan, selewat-lewat Februari depan.

Beliau berkata, keperluan menggubal undang-undang baharu itu berikutan ada 37 pelbagai akta dalam negara membabitkan sempadan yang perlu diubah dengan pengoperasian kawalan sempadan secara bersama antara kedua-dua negara.

"Kalau sampai 37 akta, dalam satu akta ada seksyen (peruntukan undang-undang) yang mesti kita patuhi bagi membolehkan satu sahaja keputusan bersama boleh berjalan iaitu co-located.

image.png

"Jadi, pilihan yang kita ada ialah buat satu RUU baharu dengan mengambil kira semua keperluan seksyen dalam akta sedia ada, 37 (akta) jadi item terperinci. Itu saya akan umumkan bila tiba masanya.

"Buat masa ini, memadai saya nak sebut pencapaian penting dari sudut sistem undang-undang, kita kena adakan satu undang-undang baharu bagi membolehkan apabila operasi RTS Woodland-Bukit Chagar bermula, pergerakan orang ramai dan barangan mengikut undang-undang," katanya.

Projek RTS Link dijadual siap sepenuhnya Disember 2026 dan mula beroperasi awal 2027, dengan perjalanan antara Bukit Chagar dan Woodlands North hanya mengambil masa lima minit. Ia laluan rel ulang alik sepanjang empat kilometer dengan dua stesen utama, masing-masing di Bukit Chagar dan Woodlands North.

image.png

MRT Corp bertanggungjawab membangunkan projek di bahagian Malaysia sepanjang 2.7 kilometer, dengan kerjasama Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corp Ltd dari Singapura. Laluan ini dijangka menjadi jambatan darat ketiga ke Singapura dan berupaya mengurangkan kesesakan di Tambak Johor yang kini mencapai kapasiti maksimum 10,000 penumpang sejam bagi setiap hala.


Gallery

Tag:

Rapid Transit System Link (RTS Link)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kenapa Permohonan Projek ART Masih Belum Diluluskan?

Johor mendesak kerajaan Persekutuan mempercepatkan kelulusan projek pengangkutan rel.

21-11-2025
Berita Auto

RTS Di Depoh Wadi Hana Jalani Ujian

Tren Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pertama yang tiba di Depoh Wadi Hana di Johor Bahru akan menjalani beberapa fasa pengujian termasuk proses pencantuman.

17-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Berita Baik! Ujian RTS Link JB-Singapura Berjaya

Fasa akhir bagi Ujian Integrasi Sistem di Luar Tapak (OSIT) Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura berjaya dilakukan di Singapura, kelmarin.

31-10-2025
Berita Auto

Tambang RTS Link Belum Didedah Kerana Masih Dalam Kajian

RTS dijadualkan siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi awal 2027.

30-06-2025
Berita Auto

Pembinaan RTS Link Ikut Jadual, Bakal Dibuka 2 Tahun Lagi

Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual.

13-12-2024
Berita Auto

Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura Capai 83%

Pembinaan infrastruktur rel RTS Link yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura telah mencapai 83% kemajuan sehingga akhir Julai.

22-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026