Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Warga Asing Mengamuk Di Tengah Jalan, Tikam Orang Awam

Suhana Veru

Kongsi melalui

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan Wanita secara tiba-tiba mengamuk  di tengah-tengah jalan di Kajang, Selangor semalam.


image.png

Menerusi klip video itu, wanita berambut panjang yang memakai baju berwarna putih itu mengejar orang awam di atas jalan raya.

Malah, seorang penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan tersebut turut ditikam oleh wanita tersebut yang menyerang secara rawak.

Di dalam video berbeza, wanita tersebut turut dipercayai menyerang orang awam di dalam kedai pencuci mulut.

Ada beberapa pengguna media sosial mendakwa wanita yang dipercayai bukan warga tempatan itu telah menikam dua orang di dalam kedai tersebut.

image.png

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya sudah  menahan wanita warga asing yang disyaki memandu secara berbahaya sehingga melanggar tiga penunggang motosikal sebelum menyerang orang awam dengan pisau.

"Hasil bantuan daripada orang awam, wanita bukan warganegara itu berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Terdapat enam mangsa warga tempatan berusia antara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan itu yang mana dua mangsa ditahan wad bagi pemeriksaan lanjut, manakala empat lain dirawat sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan.


Gallery

Tag:

tikam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026