- Berita
- Berita Auto
- 2 Pelancong China Dikenakan RM836 Dari KLIA 2 Ke KL, Akhirnya Sudah Dicekup JPJ
2 Pelancong China Dikenakan RM836 Dari KLIA 2 Ke KL, Akhirnya Sudah Dicekup JPJ
Tular dua warga pelancong dari China ditipu oleh ulat KLIA apabila mereka pada mulanya dikenakan RM60 namun kadar bayaran itu melonjak lebih 14 kali ganda apabila mereka diarahkan membayar RM836 sebaik mahu turun dari kereta.
Bayaran tidak masuk akal itu dikenakan untuk perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke pusat bandar Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pelancong berkenaan mendakwa mereka didekati seorang lelaki yang hanya menawarkan tambang sebanyak RM60 untuk hotel yang mahu ditujunya. Tawaran itu kelihatan menguntungkan, membuatkan mereka tanpa curiga menerima pelawaan dan menaiki kereta tersebut. Isteri pemandu turut berada di dalam kenderaan.
Namun, setibanya di hadapan hotel, pemandu itu langsung tidak berhenti. Sebaliknya, dia terus memandu ke kawasan gelap yang sunyi sebelum mengeluarkan ‘syarat’ mengejutkan iaitu tambang yang asalnya RM60 berubah kepada RM836!
Mangsa yang enggan membayar kerana caj yang keterlaluan itu terkejut apabila isteri pemandu menengking dengan nada keras:
Pintu kereta dikunci manakala pemandu terus membawa mereka berpusing-pusing di jalanan, sementara panggilan telefon ke talian polis tidak berjaya.
“Kami benar-benar ketakutan, di bandar asing, tiada sesiapa boleh membantu. Kami menjerit, tetapi suara kami tidak kedengaran,” luah mangsa.
Selepas berjam-jam detik mencemaskan, isteri pemandu pura-pura ingin berbincang dengan pihak hotel. Tetapi setibanya di hotel, pasangan itu masih berkeras mahu mengurung mereka di dalam kereta. Dalam keadaan panik, mangsa berdua menjerit sambil mengetuk tingkap dengan sekuat hati.
Jeritan itu khirnya didengari kakitangan hotel, yang segera membuka pintu kereta dan menyelamatkan mereka. Tetapi drama tidak berakhir di situ apabila isteri pemandu tiba-tiba menuduh mereka menipu dan mencuri telefon bimbit sebelum menuntut pampasan.
Lebih mengejutkan, ketika mangsa mahu membuat laporan polis, kakitangan hotel pula didakwa menasihati mereka agar “selesaikan dengan wang sahaja”. Dalam kekecohan itu, isteri pemandu sempat menampar muka salah seorang mangsa sebanyak tiga kali berturut-turut.
Seorang lelaki yang cuba membantu turut menjadi mangsa apabila dicekik oleh pemandu tersebut dengan lagak samseng. Pasangan pemandu dan isterinya kemudian melarikan diri selepas mangsa nekad membuat laporan polis.
Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, selepas operasi samaran di KLIA, pihak JPJ telah berjaya menahan kenderaan tersebut bersama pemandunya
"Kereta tersebut telah disita serta merta dan kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya. Syabas dan terima kasih atas tindakan pantas JPJ!
MOT tidak akan berkompromi dengan "ulat-ulat" yang merosakkan imej negara," katanya di halaman rasmi Facebooknya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/