Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bermula 1 Okt, Polis Tidak Akan Beri Amaran Sebaliknya Terus Saman, Jadi Patuhi Undang-Undang Jalan Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

"Bermula 1 Oktober ini, mana-mana pesalah lalu lintas yang melanggar peraturan jalan raya akan terus disaman!

Itu kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. Langkah itu diambil selepas sebulan program advokasi menerusi Op Patuh Undang-Undang (Op PUU) dijalankan.

Beliau mengakui,  mendapati masih ramai pengguna jalan raya gagal mengambil serius kempen berkenaan.

"Tiada lagi amaran, saman serta-merta akan dikenakan sekiranya kita dapati mana-mana pelanggaran peraturan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.

image.png

"Tempoh advokasi sebelum ini seolah-olah tidak memberi kesan kerana ramai yang tetap berdegil," katanya.

Sepanjang tempoh kempen bermula 6 September lalu, hampir 70,000 notis advokasi dikeluarkan di kawasan tumpuan sekitar ibu kota.

"Jumlah ini membimbangkan kerana menunjukkan mereka sedar melakukan kesalahan, tetapi masih sengaja melanggarnya.

"Antara kesalahan paling kerap dikesan ialah parkir berlapis sehingga mengganggu aliran trafik, berhenti di atas garisan putih dan lintasan pejalan kaki, melanggar lampu isyarat merah serta tidak memakai atau mengikat tali topi keledar dengan sempurna," katanya.

Sehubungan itu, operasi dijalankan 24 jam sehari, sepanjang tahun di seluruh Kuala Lumpur.



Gallery

Tag:

OP PUU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026