Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Perodua Bezza masih laku keras walaupun sudah masuk 10 tahun berada di pasaran tempatan memandangkan sebanyak 65,479 unit sudah didaftarkan sehingga 31 Ogos 2025  sekali gus  menjadikan Bezza antara kereta paling popular di negara ini.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan terperinci daripada data.gov.my semalam.

Seperti mana diketahui umum Perodua Bezza sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana menawarkan harga mampu milik selain  reka bentuk moden, dan kecekapan bahan api yang tinggi.

image.png

Berdasarkan laman web Perodua, harga Perodua Bezza bermula dari sekitar RM35,000 sekali gus  ia menjadi pilihan terbaik bagi pembeli yang mencari kereta baru bawah RM50,000. Faktor harga yang berpatutan ini menjadikan Bezza sebagai pilihan utama bagi golongan muda, keluarga kecil, dan mereka yang baru mula bekerja.

Selain Perodua Bezza, tempat kedua diduduki oleh Perodua Axia apabila sebanyak 56,158 unit terjual setakat Ogos lalu.

image.png

Disebabkan harga murah, saiznya juga menyebabkan ia menjadi pilihan Utama buat golongan wanita, bagi yang mula bekerja mahupun pesara.

Selain bersaiz kecil, Axia juga kini menyediakan pelbagai ciri menarik, canggih dan apa yang paling penting ia mudah dipandu serta jimat minyak.

Sementara itu, Perodua Myvi menduduki tempat ketiga memandangkan 47,192 unit turut didaftarkan pada tempoh yang sama.

Statistik ini menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

image.png

Jika melihat data di bawah, Perodua telah jauh meninggalkan jenama-jenama lain termasuk Proton.

Screenshot-2025-09-12-113932.png

Begitupun, Proton masih mengekalkan kedudukan kedua dengan pendaftaran sebanyak 97,578 unit namun ini mungkin kerana jualan model popularnya seperti Proton Saga, X50 dan X70.

Bagi jenama asing, Toyota berada di tempat ketiga dengan pendaftaran 80,491 unit. Ini membuktikan Toyota masih menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Tidak ketinggalan, Honda juga kekal di hati rakyat Malaysia kerana jenama ini begitu dipuja sehingga menjadi penanda aras dalam banyak perkara.Setakat Ogos 2025, Honda mencatatkan 46,757 unit, menempatkannya di kedudukan keempat carta jualan.

image.png

Di sebalik iu, jenama dari China seperti Chery juga semakin tunjuk belangnya apabila mampu mendaftarkan kenderaan sebanyak  20,445 unit sehingga berjaya menewaskan jenama Mitsubishi.

Apa pula pendapat anda mengenai kedudukan carta ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!

Gallery

Tag:

Perodua
Perodua Bezza
Perodua Axia
perodua Myvi
proton saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

17-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
Berita Auto

12-12-2025
Berita Auto

09-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026

Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.

22-05-2026
Berita Auto

Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!

22-05-2026
Berita Auto

Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka

Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!

21-05-2026
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu

Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.

21-05-2026
Berita Auto

Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!

20-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, RON97 Tanpa Subsidi, Diesel Naik

Harga Bahan Api Tanpa Subsidi Naik Lagi.

20-05-2026
Berita Auto

iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen

Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!

20-05-2026
Berita Auto