Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BUDI95: Harga Minyak Turun Sehingga RM1.99 Seliter Bermula 30 Sept Ini, Yang Penting Kena Ada LESEN MEMANDU!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengotakan janjinya untuk menurunkan minyak apabila beliau mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September ini.

Penurunan Harga minyak itu dibuat menerusi insiatif BUDI95.

Bagaimanapun, bagi bukan warganegara pula, RON95 ditetapkan pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.

“Semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu sah layak menikmati subsidi RON95 ini,” katanya.

Difahamkan, lebih 16 juta rakyat Malaysia akan terima manfaat daripada penurunan harga petrol RON95 dengan semua warganegara dengan lesen memandu sah layak untuk menikmati subsidi bahan bakar itu.

image.png

"Kita putuskan untuk meletakkan kadar RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 dan saya juga sebutkan manfaat dan keistimewaan ini hanya sebagai penghargaan semangat dari Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jadi penghargaan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

"Mulai 30 September (juga), bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ikut perseorangan, itu bermula 30 September pada harga RM2.60," katanya.

image.png

Perdana Menteri turut mengumumkan warga polis, tentera nikmati subsidi RON95 RM1.99 seliter bermula 27 September, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September bagi mengelakkan kesesakan.

Menurutnya, subsidi RON95 akan dinikmati tanpa mengambil kira tahap pendapatan, sebagai penghargaan kepada semua rakyat.




Gallery

Tag:

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim
Budi95 RON95 subsidy
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tiket Madani Untuk F1

Formula 1 Kembali Ke Sepang? Kerajaan Pertimbang 'Tiket MADANI' Mesra Poket Untuk Peminat.

27-07-2026
Berita Auto

Berapa Liter Budi95: 200 Liter Sebulan

Hampir 90% Rakyat Tak Terjejas? Ini Fakta Penyelarasan BUDI95 Yang Perlu Anda Tahu.

26-03-2026
Berita Auto

RXZ Members 7.0 Terima Sokongan Kerajaan Madani, PMX Salur RM100,000

Kerajaan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada peserta Program RXZ Members 7.0 2025 sebagai bukti komitmen dan sokongan penuh terhadap program itu.

19-08-2025
Berita Auto

PM Tegaskan RON95 RM1.99 Seliter Hanya Untuk Rakyat Malaysia Bukannya Warga Asing!

Harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter yang diumumkan baru-baru ini, khas untuk rakyat Malaysia manakala warga asing akan dikenakan harga pasaran semasa.

28-07-2025
Berita Auto

RON95 Turun, Tiada Kenaikan Kadar Tol, Manfaatkan M40

Nampaknya, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri mengenai penurunan harga minyak RON95 ke RM1.99 seliter serta pengekalan kadar tol membabitkan 10 konsesi lebuh raya dilihat cukup memanfaatkan kepada kumpulan isi rumah pertengahan (M40).

24-07-2025
Berita Auto

Kadar Tol Lebih Murah Tapi Bukan Sekarang!

Rakyat bakal menikmati kadar tol lebuh raya yang lebih murah bagi lebuh raya.

09-09-2024
Berita Auto

Tak Kemas Kini Data PADU, Tak Dapat Subsidi

Tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengemas kini maklumat di PADU.

30-12-2023
Berita Auto

KECOH! Abang Elon Musk Nak Jumpa PM

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan.

07-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026