Link Copiedcheck_circle
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelimanya di China, baru-baru ini.

Kereta sedan segmen-C ini bukan sahaja lebih besar, malah hadir dengan beberapa elemen reka bentuk baharu serta barisan trenkuasa yang diperbaharui.

image.png

Emgrand generasi kelima ini n berukuran 4,815 mm panjang, 1,885 mm lebar, dan 1,480 mm tinggi dengan jarak roda 2,755 mm, sekali gus ia agak hampir dengan  kategori sedan segmen-D.

image.pngimage.png

Dari segi reka bentuk, Emgrand baharu ini menerima rombakan besar memandangkan rekaan hadapan ini menampilkan lampu utama LED lebih tajam, gril depan  jenis “polygonal waterfall”  serta bampar depan yang lebih sporty.

Menjengah  bahagian belakangnya pula, Emgrand baharu ini turut mendapat rekaan belakang lebih kemas dengan lampu belakang LED nipis, tulisan "Geely" baharu menggantikan lencana standard, ekzos berkembar, serta beberapa kemasan perak di sekitar bampar belakang. 

image.pngimage.png

Dengan bentuk yang lebih panjang, profil sisi sedan ini juga tampak lebih sporty sambil dipadankan rim aloi baharu dengan rekaan dwilima jejari.

Lebih banyak perubahan dapat dilihat di ruang kabin, di mana sedan ini kini dilengkapi dengan skrin infotainmen tengah bersaiz 14.6 inci dan kluster LCD digital dimana kedua-duanya dikuasakan oleh sistem Flyme Auto OS.

image.pngimage.png

Selain itu terdapat juga beberapa butang fizikal pada konsol tengah, tombol gear kristal, pengecas tanpa wayar 50-watt, pelbagai kemasan krom, bumbung suria panorama, corong penyaman udara khusus di belakang, dan banyak lagi.

Dari segi trenkuasa, Emgrand baharu ini akan menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder turbo yang sama seperti pada Coolray baharu dan Proton X50 baharu.

image.png

Jentera ini dikatakan mmapu menghamburkan kuasa setakat   output 178 hp dan 290 Nm. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, sedan ini dijangka menggunakan gearbox automatik DCT sama seperti X50.

Geely turut mendakwa kelajuan maksimum mampu mencecah 200 km/j.

Setakat ini, Geely masih belum mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk Emgrand generasi baharu ini, tetapi ia dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini. 


Gallery

Tag:

Geely Emgrand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

22-09-2025
Berita Auto

13-03-2025
Global

17-01-2025
Pandu Uji

09-08-2024
Kereta Baru

28-11-2023
Pandu Uji

20-11-2023
Berita Auto

10-11-2023
Kereta Baru

01-11-2023

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025