Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dilancar: Makmal Forensik Kenderaan Bantu Siasatan Nahas Jalan Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, pengoperasian kemudahan Makmal Forensik Kenderaan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) akan meningkatkan keberkesanan siasatan nahas jalan raya di negara ini.

Ini kerana berbanding dengan kaedah sedia ada yang bergantung kepada bukti fizikal di lokasi nahas serta anggaran yang dijalankan, makmal yang pertama seumpamanya di negara ini, berupaya menganalisis data dalam perakam data kejadian (event data recorder), modul kawalan beg udara (airbag control module) dan sistem maklumat hiburan kenderaan (infotainment) untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata inisiatif oleh CSM itu sangat penting kerana ia dapat membantu semua pihak apabila berlaku sesuatu kemalangan memandangkan  data yang diperoleh itu boleh dinilai dan diteliti di makmal, sekali gus membantu siasatan pihak berkuasa.

"Kita semua tahu pentingnya data bila berlaku satu insiden yang memerlukan siasatan.

image.png

"Kedua, kita juga dapat melihat apakah sebenarnya yang telah membawa kepada insiden tersebut dan kita dapat mengambil langkah-langkah untuk kita cuba memastikan bahawa kekurangan-kekurangan yang wujud, yang telahpun membawa kepada kemalangan atau insiden tersebut dapat kita perbaiki.

"Kemudian, kita juga dapat mengumpul data tersebut untuk penilaian atau apa yang kita kata 'predictive technologies'," katanya.

image.png

Buat masa ini,   makmal berkenaan memang bekerjasama dengan pihak berkuasa, khususnya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mempunyai peranan besar dalam siasatan insiden membabitkan kenderaan dan sebagainya.

Selain menjalankan penyelidikan dan analisis data kenderaan berkaitan kemalangan dan isu keselamatan, makmal berkenaan juga menyokong siasatan forensik digital agensi penguatkuasaan undang-undang melalui bukti digital yang sahih dan berintegriti.


Gallery

Tag:

Forensik Makmal Kenderaan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026