Link Copiedcheck_circle
EV

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata meskipun penggunaan EV dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan lebih mesra alam, kenderaan jenis itu masih berisiko tinggi untuk terbakar.

"Kaedah pemadaman menggunakan selimut api atau fire blanket merupakan antara langkah terbaik memadamkan kebakaran kenderaan elektrik selain menggunakan air dan buih," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara, semalam.

image.png

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang ingin mengetahui sama ada kementerian bercadang untuk membeli dan membekal fire blanket kepada semua balai bomba di bandar utama susulan peningkatan kes kebakaran kereta elektrik dan hibrid kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, Aiman Athirah memaklumkan sebanyak 318 unit fire blanket bernilai RM915,000 telah diperoleh JBPM pada tahun ini untuk diagihkan ke balai bomba terpilih di seluruh negara.

"JBPM juga telah mendapatkan sumbangan sebanyak 30 unit fire blanket lagi daripada Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar (MyZEVA) yang diagihkan secara berperingkat bermula Disember 2024 hingga 13 Mei lepas," katanya.

image.png

Beliau berkata JBPM juga sedang mengkaji penggunaan peralatan khas lain termasuk agen penyejukan atau immersion container sebagai alternatif dalam operasi pemadaman kenderaan elektrik.

"Pada masa ini, agen penyejukan yang digunakan JBPM untuk pemadaman kenderaan elektrik ialah air, yang bertujuan mengurangkan tahap kepanasan bateri sekali gus mengelakkan api daripada menjadi lebih besar dan merebak ke kawasan lain.

"Penggunaan agen penyejuk lain seperti serbuk kering, agen pembersih dan gas lengai adalah tidak sesuai digunakan di kawasan terbuka kerana ia memerlukan konsep total flooding untuk berfungsi dengan berkesan," katanya menjawab soalan tambahan Ahmad berkenaan kaedah pemadamam kebakaran kenderaan EV yang lain.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026