Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara hujan lebat semalam, kira-kira 30 buah kereta rosak selepas bumbung Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur tercabut dan terbang sebelum menghempap kenderaan di kawasan parkir.

image.png

Insiden berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang sejak pukul 5 petang semalam termasuk insiden pokok tumbang di Jalan Bangsar. Mujur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turun padang meninjau beberapa lokasi terjejas akibat hujan lebat dan ribut petir di sekitar Pantai Dalam.

image.pngimage.png

Susulan kejadian itu, pemilik dan penyewa unit kediaman yang rosak akibat bumbung tercabut menerima bantuan segera sebanyak RM5,000.

Menurutnya, pemindahan segera juga akan dilakukan bagi menempatkan sekurang-kurangnya 30 penduduk yang terkesan.

“Saya sempat bercakap dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dimana ada beberapa tindakan segera pertama untuk unit empat rumah terkesan untuk dipindahkan serta-merta di bangunan yang sama.

“Ada NGO belia yang akan bantu buat pemindahan, penyewa-penyewa ini saya minta mereka buat laporan polis menyatakan jumlah kerosakan barang-barang berharga untuk kita sediakan bantuan sumbangan.

“Sebagai pemulaan kita bagi RM5,000 untuk keluarga ini dan kita sediakan toto, bantal sekurang-kurangnya untuk mereka menginap malam ini,” katanya.


Gallery

Tag:

PPR Pantai Dalam
Hujan ribut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026