Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_9037.jpg


Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk minyak pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.


Pensijilan SIRIM Diperlukan Mulai Oktober 2025


BHPetrol antara jenama besar terbaru yang menerima perakuan ini bagi memenuhi arahan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mewajibkan semua produk minyak enjin kenderaan motor yang dipasarkan dan dijual di Malaysia untuk mendapatkan dan mempamerkan label SIRIM sebagai bukti produk asli dan berkualiti tinggi.


IMG_8978.jpg


Penguatkuasaan label penandaan yang sebelum ini ditetapkan pada 7 April, telah ditangguhkan kepada 7 Oktober 2025. 


Tujuan utama peraturan ini adalah untuk membendung pengedaran produk pelincir palsu dan tiruan, yang boleh menyebabkan kerosakan serius pada enjin kenderaan serta merugikan pengguna. 


Kod QR Hijau & Merah Jambu


IMG_8966.jpg


Pelincir di bawah BHPetrol seperti SynGard, Trans dan Dash akan dilabel dengan pelekat kod QR SIRIM untuk membuktikan ketulenan produk. 


Produk pelincir BHPetrol yang dihasilkan dan dibungkus selepas menerima pensijilan ini akan dilabel dengan pelekat kod QR SIRIM berwarna hijau muda, sementara itu bagi stok sedia ada, pelekat kod QR berwarna merah jambu akan diedarkan kepada rakan niaga BHPetrol untuk dilekatkan pada stok tersebut.


Pelaksanaan pelekat ini akan dijalankan secara berperingkat dan BHPetrol berjanji untuk sentiasa memastikan ketelusan serta pematuhan penuh syarat pelabelan produk tulen SIRIM QAS.

Tag:

BHPetrol
BHPetrol SIRIM
SIRIM QAS International Sdn Bhd
Minyak Enjin SIRIM
Pelincir Enjin SIRIM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Stesen BHPetrol Bandar Tun Razak Kini Berwajah Baharu, Dilengkapi Pelbagai Kemudahan

BHPetrol merasmikan semula stesen BHPetrol Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang kini tampil dengan imej baharu bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pengalaman pengguna yang mengunjungi stesen minyak itu.

23-10-2025
EV

BHPetrol Lancar Stesen Pengecas EV Pertamanya – DC 200 kW

BHPetrol secara rasmi melangkah masuk ke arena elektrifikasi dengan pelancaran stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertamanya di BHPetrol Jalan Genting Klang 1

21-02-2025
Berita Auto

Kini Pengguna BHPetrol & Petron Boleh Guna E-Dompet TrueMoney – Cepat & Mudah!

BHPetrol dan Petron kini menjalankan kerjasama dengan platform pembayaran digital terkemuka.

06-11-2023
Berita Auto

BHPetrol Guna Terminal Bayaran Yang Dikuasakan Oleh Maxis

Maxis akan menyediakan SD-WAN untuk menyokong terminal pembayaran BHPetrol.

17-06-2023
Berita Auto

Motul: Jenama Diperakui SIRIM

Label pematuhan SIRIM akan dilekatkan pada produk Motul yang dijual melalui saluran sah.

28-03-2025
Berita Auto

KPDN: Semua Minyak Enjin Wajib Ada Label Sirim Mulai 7 April Ini

Semua produk minyak enjin kenderaan dari dalam negara mahupun import diwajibkan ada label SIRIM.

21-03-2025
Berita Auto

Kerjasama Proton, Geely & SIRIM QAS, Kualiti Lebih Terjamin, Pengguna Lebih Yakin

Proton telah memilih SIRIM QAS International (SIRIM QAS) sebagai rakan makmal rasmi untuk komponen automotif Proton dan Geely.

22-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026