Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Polis Beri Amaran Keras, Jangan Ikut Laluan Haram Untuk Ke Thailand!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jangan ikut laluan haram jika mahu ke Thailand!

Itu kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat . Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan laluan haram untuk ke Thailand meskipun berlaku kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor serta Bukit Bunga.

"Kita tahu suasana di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor sesak dengan kehadiran ribuan rakyat Malaysia, khususnya dari Kelantan, yang mengambil peluang cuti panjang untuk bercuti dan membeli-belah di negara jiran.

image.png

"Namun, mereka perlu akur dengan undang-undang… jika tertangkap, mereka boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000," katanya.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang bercuti ke Thailand supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri selain mematuhi undang-undang negara berkenaan.

Mohd Yusoff juga berkata Polis Kelantan sentiasa memantau pintu sempadan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan rakyat namun sikap berhati-hati perlu datang daripada orang ramai sendiri.

Musim cuti panjang sempena Hari Malaysia menyaksikan lonjakan pelancong ke Thailand yang dibuktikan oleh jumlah kenderaan beratur panjang di ICQS sejak kelmarin.


Gallery

Tag:

BUKIT KAYU HITAM ICQS-SADAO CIQ PROJECT
Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Berita Auto

Thailand Puji Pembangunan ECRL, Cadang Sambungan Hingga Ke Sempadan

Projek ECRL dijangka mampu memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand jika ia dilanjutkan hingga ke sempadan Sungai Golok.

16-05-2025
Berita Auto

Rel Penghubung Malaysia-China Bakal Dibina – Anthony Loke

Pembangunan rangkaian rel yang menghubungkan Malaysia dan China yang bermula Kuala Lumpur atau Johor Bahru sehingga Kunming, China kini sedang dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan.

16-03-2023
Global

Honda WR-V 2023 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Honda WR-V 2023 kini telah dilancarkan secara rasmi di Thailand. Ini spesifikasinya...

13-03-2023
Global

Toyota Yaris Facelift 2023 Dilancarkan Di Thailand, Tampil Lebih Agresif!

Toyota Motor Thailand (TMT) baru sahaja melancarkan Toyota Yaris berwajah baharu dalam gaya yang lebih agresif.

11-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026