Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek SSLR 2 Bakal Jadi Penghubung Antara Sarawak Dan Sabah Tanpa Perlu Melalui Brunei

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 dikatakan akan menjadi  penghubung  antara Sarawak dan Sabah tanpa perlu melalui Brunei.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata melalui jalan berkenaan, rakyat di kawasan utara Sarawak tidak lagi terbeban dengan caj lintasan, urusan pasport atau perlu melepasi pos imigresen sebelum sampai ke destinasi.

Beliau berkata laluan ini juga akan membuka peluang ekonomi baharu buat masyarakat pedalaman, melengkapkan prasarana asas serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

"Bagi rakyat di Limbang, Lawas dan kawasan pedalaman utara Sarawak, projek ini amat signifikan. Selama ini, ramai bergantung pada jalan balak yang bergantung pada keadaan cuaca dan memakan masa lama.

image.png

"Apabila siapnya SSLR nanti, perjalanan ke Miri atau Sabah akan lebih mudah, selesa dan menjimatkan kos," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan projek SSLR Fasa 2 di Nanga Medamit, Limbang.

Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.

Projek sepanjang 335 kilometer itu akan menghubungkan kawasan Mulu, Nanga Medamit (Limbang), Long Luping (Lawas) serta Ba'kelalan.

Projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, jambatan, jejambat, lampu jalan dan sistem perparitan.

SSLR Fasa 2 merupakan kesinambungan kepada SSLR Fasa 1 bermula dari Lawas ke Long Luping yang dimulakan pada 2021 dan kini telah mencapai kemajuan pelaksanaan sebanyak 57.6 peratus.

Gallery

Tag:

Sarawak–Sabah Link Road Phase 2 (SSLR2)
Sabah
Sarawak
Bruinei
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Kilang EV Bakal Ditubuhkan Di Sandakan, Sabah – 500 Peluang Kerja

Maxland Bhd (nama lama: Priceworth International Bhd), merancang untuk melabur sehingga RM100 juta menjelang 2028.

17-02-2025
Berita Auto

Tersilap Label Peta Sabah, Sarawak

Proton mohon maaf, label peta Sabah dan Sarawak bertukar tempat.

13-06-2024
Berita Auto

Ini Jadual Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom Bagi Januari 2023

Jadual unit pemeriksaan bergerak Puspakom untuk Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak bagi bulan Januari 2023 telah dikeluarkan.

03-01-2023
Berita Auto

Unik! Majlis Perkahwinan Pasangan Ini Bertemakan Automotif

Konsep yang pelik tetapi menarik inilah menjadi tema kahwin yang dipilih oleh pasangan dari Tawau, Sabah.

12-10-2022
Berita Auto

Sarawak Bina Jalan Raya Pertama Guna Sisa Plastik

Penggunaan sisa plastik dikatakan dapat meningkatkan ketahanan jalan raya.

26-08-2025
Berita Auto

Sarawak Bersedia Jadi Pemimpin Tenaga Hijau, Yakin Hidrogen Jadi Bahan Api Utama

Sarawak dilihat sebagai negeri yang telah bersedia untuk memanfaatkan peluang global dalam penggunaan hidrogen sebagai bahan api utama.

18-11-2024
Berita Auto

Tersilap Label Peta Sabah, Sarawak

Proton mohon maaf, label peta Sabah dan Sarawak bertukar tempat.

13-06-2024
Berita Auto

Geran Korea Selatan Bantu Sarawak Bangunkan Tenaga Hidrogen

Kerajaan Sarawak telah menerima geran daripada Kementerian Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan.

12-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026