Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rel Kereta Api Timur, Barat Boleh Dilaksana Selepas 10 Tahun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Kerja Raya menyifatkan pembinaan rel kereta api di Banjaran Titiwangsa bagi menghubungkan timur dan barat Semenanjung dijangka mengambil tempoh antara 10 hingga 20 tahun untuk direalisasikan kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengakui cadangan penggantian jalan raya uzur kepada laluan kereta api sesuatu yang praktikal, tetapi ia memerlukan kajian mendalam termasuk kemampuan ekonomi negara.

Ini kerana rakyat masih memilih dan selesa menggunakan jalan raya sebagai mod utama pergerakan harian berikutan bilangan pemilikan kenderaan persendirian yang tinggi.

image.png

"Cadangan itu suatu yang berdaya maju jika dilihat dari aspek keselamatan, kecekapan logistik dan pengurangan pelepasan karbon, namun pelaksanaannya perlu dikaji secara mendalam.

"Ia termasuk membuat penelitian dari segi ekonomi dengan mengambil kira unjuran penumpang, pembinaan, penyenggaraan dan cabaran geoteknikal seperti Banjaran Titiwangsa serta keberkesanan jangka panjang terhadap pertumbuhan wilayah," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan dikemukakan Penyelidik Utama Pusat Kecemerlangan Industri-Rel (ICoE-Rail) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Madya Dr Joewono Prasetijo dalam Soal Jawab BH yang mengesyorkan teknologi moden digunakan bagi menangani cabaran pembinaan laluan rel Pantai Timur-Utara menggantikan jalan raya usang.

Walaupun rel mampu menjadi pelengkap penting kepada rangkaian pengangkutan negara, ia bukan pengganti sepenuhnya kepada jalan raya.

"Jadi, pembangunan rel mesti dirancang seiring dengan keperluan lain seperti usaha menyuraikan kesesakan trafik dan bukan menggantikan, tetapi memperkukuh sistem mobiliti negara secara menyeluruh," katanya.

Difahamkan, projek rel berimpak besar seperti ini lazimnya mengambil masa antara 10 hingga 20 tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya dengan bergantung kepada skop jajaran, peruntukan dan kelulusan pelbagai pihak.

"Projek ini memerlukan perancangan teliti dari segi laluan yang merangkumi kawasan kepadatan penduduk yang akan menggunakan perkhidmatan ini, pengurusan tanah dan pembinaan terowong di kawasan cerun adalah antara faktor masa kritikal.

"Justeru ia harus dilihat sebagai pelaburan masa depan dan bukan penyelesaian segera, tetapi penting untuk generasi akan datang," katanya.

Katanya, cadangan pembinaan laluan kereta api yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Utara atau Barat Semenanjung sebagai alternatif jangka panjang kepada kes kemalangan jalan raya.

"Laluan itu sudah diakui menjadi laluan utama dari segi jarak dan masa berbanding laluan alternatif lain buat masa ini seperti Gua Musang dan sebagainya. Justeru, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menjadi kebergantungan mutlak yang turut menjadi pilihan kepada kenderaan berat.

"Nahas maut yang mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini sangat menyayat hati dan menjadi peringatan penting, kita perlu berani merancang penyelesaian infrastruktur secara holistik dan jangka panjang," katanya.


Bagaimanapun katanya, kawasan itu bukan dikategorikan sebagai 'blackspot' atau kawasan kemalangan mengikut kajian Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Sistem Pengurusan Kemalangan Jalan Raya (RAMS) dan Sistem Laporan Polis Bersepadu (i-PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Jadi saya menyambut baik sebarang cadangan pembangunan rel berkapasiti tinggi yang menghubungkan kawasan Pantai Timur dengan Wilayah Utara. Namun pelaksanaannya perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya dari aspek teknikal, tetapi juga ekonomi, impak sosial dan keperluan jangka panjang negara.


Gallery

Tag:

titiwangsa
rel kereta api
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026