Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkukuh pasukan kepimpinan ketika memasuki fasa pertumbuhan seterusnya di Malaysia, dengan tumpuan kepada pengembangan jenama MG, memperkaya pengalaman pelanggan dan mempertingkatkan perkhidmatan selepas jualan.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam industri automotif, Hoffen membawa kepakaran yang mendalam dalam pembangunan produk, strategi pemasaran serta perancangan pengeluaran dan pembuatan tempatan.

Hoffen, graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Universiti London (UCL), mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam operasi dan perancangan strategik melalui pelbagai jawatan pengurusan kanan yang pernah disandangnya.

Beliau juga merupakan ahli majlis aktif Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan berkhidmat dalam jawatankuasa eksekutif MyZEVA (Persatuan Kenderaan Sifar Pelepasan Malaysia), di mana beliau giat memperjuangkan elektrifikasi kenderaan dan kemajuan mobiliti hijau di negara ini.

image.pngimage.png

“Saya yakin kepimpinan dan pengalaman luas Hoffen akan membawa hala tuju baharu kepada SAIC Motor Malaysia, terutama dalam pembangunan strategik dan penstrukturan organisasi,” kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.

“Dengan momentum MG yang semakin meningkat, kami optimis untuk memulakan pengeluaran tempatan tidak lama lagi, satu langkah penting yang akan membolehkan kami memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dan memperkukuh kedudukan MG di pasaran Malaysia," katanya

Sebagai COO, Hoffen akan menyelia operasi jualan, produk dan pemasaran, sambil menerajui inisiatif untuk mengembangkan rangkaian peniaga MG, memperluas portfolio produk serta mempercepatkan pelaksanaan pelan hala tuju kenderaan tenaga hijau syarikat.

Beliau juga akan memberi tumpuan kepada peningkatan titik sentuh pelanggan, memperkenalkan pengalaman runcit yang inovatif dan memacu penyelesaian mobiliti yang mampan serta bersedia untuk masa hadapan, bagi meningkatkan daya saing MG di pasaran tempatan.


Gallery

Tag:

SAIC Motor Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'

Daripada Klasik Ke IM6 Elektrik, Ini Sebab Kenapa Booth MG Wajib Dikunjungi di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Bermula 2026

SAIC Motor Malaysia mengumumkan rancangannya untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan MG di kilang EPMB yang terletak di Melaka, bermula pada tahun depan.

16-10-2025
Berita Auto

SAIC Motor, Kementerian Pengangkutan Meterai Kerjasama, Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya

SAIC Motor Malaysia mahu membantu Malaysia meningkatkan standard keselamatan kenderaan.

09-12-2024
Kereta Baru

Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900

Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024
Berita Auto

SAIC Motor Ajak Datang KLIMS 2024, Pelbagai Ganjaran Menanti Anda!

SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk menyaksikan barisan model MG pada pameran KLIMS 2024 yang akan berlangsung di MITEC, pada 5 Disember hingga 11 Disember ini.

02-12-2024
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Buka Gudang Alat Ganti MG Motor

SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan sebuah gudang alat ganti MG Motor di Lembah Klang.

14-11-2024
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Rai Penyerahan Istimewa MG5 Kepada Pelanggan

SAIC Motor Malaysia mengadakan majlis penyerahan kereta MG5 kepada 20 para pelanggannya, dalam satu acara yang diadakan di MG Motor Glenmarie (Mega Galeri Sdn Bhd), baru-baru ini.

12-11-2024
Kereta Baru

MG Cyberster Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM350K

MG Cyberster sudah boleh ditempah dimana harga anggarannya cuma di bawah RM350,000.

24-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026