Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

92 Peratus Kenderaan Berat Masih Degil, Tidak Pasang Peranti Had Kelajuan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

download---2025-10-06T110008.409.jpeg


Majoriti kenderaan perdagangan yang diperiksa di Pulau Pinang masih ‘degil’ kerana didapati tidak memasang peranti had kelajuan (SLD).


Sepanjang operasi khas yang dijalankan selama lima hari bermula 1 Oktober itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mendapati hanya 31 kenderaan dikesan memiliki slip pengesahan SLD daripada sejumlah 165 kenderaan yang diperiksa. 


Pengarahnya, Zulkifly Ismail turut memaklumkan bahawa seramai 91 pemilik kenderaan dikenakan tindakan melalui pengeluaran Notis 114 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi peraturan. 


“Bagi operasi malam tadi pula, sebanyak 48 kenderaan diperiksa dengan 31 Notis 114 dikeluarkan,” katanya. 




Penguatkuasaan melibatkan kenderaan perdagangan yang dibina selepas 1 Januari 2015, seperti bas persiaran dan bas ekspres yang memiliki berat dengan muatan (BDM) melebihi 5,000 kilogram serta kenderaan barangan dengan BDM melebihi 3,500 kilogram.


Seruan Untuk Pematuhan Demi Keselamatan Bersama


559359597_18535521703035774_171191259613127959_n.jpg


Zulkifly menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemandu atau pengusaha yang gagal mematuhi peraturan SLD. Beliau turut menyeru semua pengusaha kenderaan perdagangan supaya memastikan pemasangan dan pengesahan SLD dipatuhi demi menjaga keselamatan bersama.


“Selaras dengan pendekatan Kementerian Pengangkutan untuk membendung kadar kemalangan terutama yang membabitkan lori dan bas,” tambah beliau.


Fungsi dan Kepentingan Peranti SLD


SLD berfungsi sebagai alat keselamatan yang bertujuan mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan perdagangan kepada 90 kilometer sejam. Ia membantu mengurangkan risiko kemalangan maut, mengelakkan pemanduan agresif, serta meningkatkan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Baca: 12 Inisiatif Bakal Dilaksana Untuk Tangani Kemalangan Maut Babitkan Kenderaan Berat - LOKE

Tag:

Peranti Had Kelajuan
Peranti Had Kelajuan (SLD)
SLD
JPJ
Operasi Kenderaan Berat
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jalan Raya Semakin Selamat, Makin Banyak Bas & Lori Pasang Peranti Kawalan Had Laju Automatik

Pematuhan SLD bagi bas ekspres dan lori meningkat ke 48.37% sejak 1 Okt. MOT kekal tegas, perjelas keperluan pemeriksaan dan sistem telematik masa depan.

03-12-2025
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026
Berita Auto

Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok

JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.

11-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026