Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Penumpang Terpaksa Berjalan Kaki Dalam Gelap Dengan Bagasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aerotrain-Rosak-Oktober-2025-3.jpg


Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi ‘buat masalah’ apabila dilaporkan mengalami kerosakan teknikal pada awal pagi tadi. Insiden terbaharu ini memaksa penumpang yang terkandas untuk berjalan kaki di sepanjang landasan dalam kegelapan sambil membawa beg bagasi masing-masing.


Kronik Sejak Dulu Lagi


thumb-AERTRAIN-ROSAK-1.png


Sistem Aerotrain, yang berfungsi menghubungkan terminal utama KLIA dengan bangunan satelit, telah berhadapan dengan kritikan hebat sejak beberapa tahun lalu berikutan kegagalan teknikal dan gangguan perkhidmatan yang kerap berlaku.


Kerosakan paling ketara yang masih menjadi bualan berlaku pada 27 Februari 2023, apabila sebuah Aerotrain rosak di tengah landasan. Cubaan menghantar tren kedua untuk bantuan juga menemui kegagalan teknikal, menyebabkan penumpang terpaksa berjalan kaki ke terminal satelit.


Selang beberapa hari sahaja, pada 1 Mac 2023, satu lagi kerosakan serius menyaksikan seramai 114 penumpang terkandas dan terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 500 meter. Dilaporkan, sepuluh penumpang terlepas penerbangan akibat kelewatan tersebut.


Projek Naik Taraf RM456 Juta Tidak Membawa Perubahan?


Aerotrain-Rosak-Oktober-2025.jpg


Selepas diluluskan projek naik taraf bernilai RM456 juta, perkhidmatan Aerotrain sepatutnya kembali berfungsi dengan jaminan kebolehpercayaan yang lebih baik apabila ia dilancarkan semula pada 1 Julai 2025.


Namun, apa yang berlaku adalah kerosakan demi kerosakan. Masih ‘tidak gagal’ menyusahkan orang ramai. 


Antara 2 Julai hingga 30 September sahaja, sistem ini mencatatkan 19 kali gangguan perkhidmatan! Ironinya,  Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebelum ini melaporkan Aerotrain telah mencapai ketersediaan operasi sebanyak 99.19%.

Sumber: MalayMail

Tag:

Aerotrain
KLIA Aerotrain
Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

10-11-2025
Berita Auto

Penumpang Cuba Buka Pintu Aerotrain Secara Manual, Antara Punca Gangguan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan bahawa sistem Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengalami gangguan sebanyak 19 kali dari 2 Julai hingga 30 September lalu.

15-10-2025
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai? Ini Senarainya

Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, beberapa peraturan bakal berkuat kuasa selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

30-06-2025
Berita Auto

Anthony Akan Dipanggil Beri Keterangan Kelewatan Aerotrain & Harga Tiket Penerbangan Tinggi

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkemungkinan besar akan dipanggil bagi memberikan keterangan.

03-02-2025
Berita Auto

Aerotrain KLIA Hampir Kembali Beroperasi, Selesai 90 Peratus

Set pertama sistem pengangkutan penumpang automatik, atau aerotrain selesai 90%.

24-10-2023
Berita Auto

Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

10-11-2025
Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026