Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Nak Jadi, Perkhidmatan Aerotrain Semakin Kerap Tergendala

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semakin menjadi-jadi apabila perkhidmatan itu sekali lagi tergendala, malam tadi.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan prosedur pemulihan penumpang telah diaktifkan segera sejurus insiden berlaku, dengan pasukan tindak balas lapangan terbang digerakkan bagi membantu penumpang keluar ke terminal dengan selamat.

“Salah satu tren Aerotrain kembali beroperasi pada jam 9.27 malam selepas bekalan dipulihkan, manakala kerja-kerja pembaikan terhadap tren kedua masih dijalankan,” katanya.

Sebagai langkah alternatif, pengendali lapangan terbang turut menyediakan pengangkutan sementara bagi memastikan pergerakan penumpang antara bangunan terminal utama dan satelit tidak terjejas.

“KLIA sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta pemahaman semua penumpang sepanjang kerja pemulihan dijalankan,” katanya

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bentuk tindakan bakal diambil akan dibincangkan di peringkat kementeriannya.

image.png

Pihak kontraktor juga tidak wajar lepas tangan memandangkan mereka didenda kerana insiden gangguan aerotrain yang tidak sepatutnya berlaku.

"Kita tak bagi alasan kepada syarikat MAHB atau kontraktor. Satu kali gangguan pun kita rasa tak patut. Jadi mereka kena pastikan sebaiknya kalau boleh 100 peratus tak ada apa-apa gangguan. Jadi pihak MAHB akan mendenda pihak kontraktor sebab dia ada dua tahun, dia masih dalam tempoh liabiliti. Apa-apa gangguan dan kalau tak dapat standard perkhidmatan, maka pihak MAHB akan denda.

"Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebagai regulator kepada mana-mana tren sistem, kita juga boleh ambil tindakan kepada MAHB. Perkara ini saya akan bincangkan di peringkat MoT. Walaupun MAHB itu GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) tetapi ia juga tertakluk kepada pelesenan kita. Jadi melalui APAD, kita boleh ambil tindakan denda (kepada) MAHB kalau mereka tak dapat beri tindakan terbaik kepada penumpang," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Gallery

Tag:

KLIA Aerotrain
Ministry of Transport (MOT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

10-11-2025
Berita Auto

Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain

Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.

29-10-2025
Berita Auto

Dah 20 Kali Aerotrain Rosak, Kali Ini Sebab Masalah Sistem Bekalan Kuasa

Malaysia Airports Holdings Berhad mengesahkan masalah pada sistem bekalan kuasa telah dikenal pasti sebagai punca gangguan perkhidmatan Aerotrain, semalam.

29-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB

MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

28-10-2025
Berita Auto

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Penumpang Terpaksa Berjalan Kaki Dalam Gelap Dengan Bagasi

Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi ‘buat masalah’ apabila dilaporkan mengalami kerosakan teknikal pada awal pagi tadi.

28-10-2025
Berita Auto

Aerotrain Bawa 2 Juta Penumpang Sejak Mula Operasi 1 Julai

Aerotrain tetap membawa jumlah penumpang yang ramai biarpun berdepan beberapa insiden gangguan perkhidmatan.

28-08-2025
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026