Link Copiedcheck_circle
Global

Jetour Zongheng G700 Dilancar Di China, PHEV Ini Boleh Gerak Sejauh 1,400KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain model daripada Omoda & Jaecoo serta Chery, Jetour Zongheng G700 dilancarkan pada  Chery International User Summit (CIUS) 2025, yang diadakan di China, baru-baru ini.

Dilancarkan di bawah subjenama premium baharu Jetour, Zongheng, model G700 menampilkan rekaan SUV berkotak yang kini semakin popular, digabungkan dengan elemen gaya off-road yang agresif. 

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan gril hadapan besar dengan lampu utama LED berbentuk segi empat, pelindung bawah badan yang agak agresif, rim 20 inci dengan tayar HT, ada penutup tayar gantian pada pintu but, dan banyak lagi.

image.png

Sebagai SUV 4x4 bersaiz besar Jetour, G700 berukuran 5,198 mm panjang, 2,050 mm lebar, dan 1,956 mm tinggi dengan jarak roda 2,870 mm sekali gus  menjadikannya sedikit lebih besar daripada  GWM Tank 500 dan Toyota Land Cruiser 300.

image.pngimage.png

Walaupun tampil lasak namun G700 menawarkan kabin yang mewah, dengan konfigurasi tempat duduk dua baris atau tiga baris dimana ia hadir dengan   susun atur 2-2-2 dengan enam tempat duduk.

Di bahagian hadapan, pemandu disajikan dengan skrin meter digital 35.4 inci yang meliputi papan pemuka, serta skrin infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci.

Walaupun dilengkapi dengan pelbagai skrin, SUV ini masih mengekalkan butang fizikal pada konsol tengah untuk kawalan sistem pendingin hawa, mod pemanduan, kunci pembeza (diff-lock) dan sebagainya. Tuil gear kini dipasang pada bahagian kanan stereng untuk akses lebih mudah.

image.png

Semua tempat duduk dalam G700 dibalut dengan kulit sintetik mewah, dan tempat duduk barisan pertama serta kedua mempunyai fungsi kuasa, pemanas dan penyejuk.

Penumpang barisan kedua ditawarkan dengan skrin infotainmen khas yang dipasang pada bumbung, namun ciri ini ada pada varian tertinggi.Tidak ketinggalan, pembesar suara Lexicon, lampu suasana pelbagai warna, bumbung panoramik terbahagi, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Di sebalik penampilan lasaknya, G700 menggunakan sistem hibrid plug-in Kunpeng milik Chery, yang digerakkan oleh enjin turbodiesel 2.0 liter empat silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 208 hp dan 340 Nm. Enjin ini digandingkan dengan dua motor elektrik serta transmisi hibrid khas dua kelajuan (DHT) untuk menghasilkan kuasa gabungan 892 hp (665 kW) dan tork 1,135 Nm.

Ini membolehkan SUV besar ini mampu memecut dari  0–100 km/j dalam hanya 4.6 saat. Ia yang disumbat dengan  pek bateri LFP 31.4 kWh, memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 150 km, serta jarak keseluruhan sehingga 1,400 km apabila digabungkan dengan tangki bahan api 100 liter.

image.png

Dari segi pengecasan, bateri ini menyokong pengecasan pantas 4C, membolehkan pengecasan 20% hingga 80% hanya dalam  10 minit.

Untuk membuktikan keupayaan sistem PHEV-nya, Jetour berjaya memandu G700 merentasi Sungai Yangtze di Wuhu, China, meliputi jarak 1.5 km pada kelajuan sekitar 5–10 km/j.

image.png

Cabaran ini turut mempamerkan pelbagai ciri teknologi canggih G700, termasuk penjana oksigen luaran, giroskop enam paksi, badan tanpa lubang dengan kemasan cat penuh, sistem peredaran udara aktif, dan banyak lagi.

Jualan Jetour Zongheng G700 PHEV telah pun bermula di China, dengan harga antara CNY 329,900 hingga CNY 414,900 (sekitar RM195,724 hingga RM246,153).

image.png

Kumpulan Chery sebelum ini menyatakan hasrat untuk mengeksport model ini ke pasaran antarabangsa, jadi adakah Jetour G700  akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat ini?


Gallery

Tag:

Jetour Zongheng G700 PHEV
Jetour Zongheng G700
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Chery Perkenal 3 SUV Mewah Terbaru, Jetour Zongheng – Lasak & Futuristik

Jenama di bawah syarikat automotif Chery, Jetour, memperluaskan portfolionya dengan pengenalan siri SUV off-road hibrid mewah, Zongheng.

27-01-2025

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026