Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kegiatan Sorok Kereta Mewah Import Dalam Gudang Akhirnya Dikesan Kastam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Macam-macam helah dibuat namun pihak berkuasa tetap dapat menghidu kegiatan menyembunyikan 14 kereta mewah import di dalam sebuah gudang tamat lesen di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Antara kenderaan yang dirampas dalam operasi pada 9 September lalu adalah Porsche 911 GT3RS, Mercedes-Benz S680 Maybach dan GLA35, Lexus RX300 dan Toyota Harrier.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, siasatan mendapati premis itu masih beroperasi walaupun lesen telah tamat tempoh sejak lima bulan lalu. Katanya, setiap gudang kenderaan diberikan lesen selama 48 bulan bagi tujuan pengoperasian.

“Kesemua kenderaan adalah kategori ‘recond’ dan tidak mempunyai pembeli. Sebanyak 14 kenderaan yang disita itu bernilai RM3.34 juta termasuk cukai,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan termahal yang dirampas ialah Mercedes-Benz S680 Maybach berharga RM752,000, manakala Porsche 911 GT3 RS pula dianggarkan RM554,000.

Malah, pihak kastam turut merampas 1,314 liter minuman keras bernilai RM268,189 termasuk cukai di Zon Bebas Pelabuhan Barat pada 6 Oktober lalu. Siasatan mendapati barangan dari sebuah negara Eropah itu masuk ke negara ini pada 14 September lalu.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan (d) Akta Kastam. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau RM500,000, mana lebih tinggi atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Gallery

Tag:

Mercedes Benz
Kastam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026
Berita Auto

Merc Terbakar: Nasib Pemandu, Penumpang Sempat Keluar

Tular di internet yang menunjukkan sebuah Mercedes-Benz terbakar di tepi jalan.

19-02-2024
Global

CLE Cabriolet Nampak Sporty Sebab Bumbungnya

Tempahan Mercedes-Benz CLE Cabriolet sudah dibuka.

08-02-2024
Berita Auto

Hati-Hati Keluar Duit!

Suspek guna parang, kayu besbol pecahkan kereta.

31-12-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
Berita Auto

Tempoh Menunggu Mercedes-Benz Cecah 6 Bulan

Tempoh menunggu Mercedes-Benz Malaysia cecah 6 bulan.

25-07-2022
EV

Mercedes-Benz EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Mercedes-Benz Malaysia telah mendedahkan tiga model baharu termasuk EQB dan EQC.

24-07-2022
Berita Auto

Mercedes Panggil Semula Hampir 1 Juta Model Lama Di Seluruh Dunia

Mercedes-Benz, memanggil semula hampir 1 juta model lama di seluruh dunia.

06-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026