- Berita
- Berita Auto
- Kemalangan Maut: Pemandu Lori Simen Maut Di Genting Sempah

Seorang pemandu lori simen rentung selepas kenderaan berat dipandunya hilang kawalan dan terbalik sebelum terbakar di Kilometer (KM) 28 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), sekitar Genting Sempah, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata mangsa berusia 28 tahun disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerah ke lokasi sejauh 22km sejurus terima panggilan kecemasan pada 4.21 pagi dan tiba jam 5.07 pagi.
"Komander operasi melaporkan, kebakaran membabitkan sebuah lori membawa muatan debu simen dan terdapat seorang mangsa," katanya
Lori terbabit dianggarkan musnah 60 peratus akibat terbakar terutama di bahagian kabin pemandu susulan kemalangan itu.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

