Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Ngeri Di Sepang, Mujur Tidak Babit Kemalangan Jiwa

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)  terpaksa ditangguhkan selepas satu insiden ngeri membabitkan juara dunia Moto3, Jose Antonio Rueda dan pelumba dari Switzerland, Noah Dettwiler ketika sesi sighting lap di Litar Antarabangsa Sepang.

Insiden berlaku apabila Dettwiler, pelumba CIP Green Power, dilihat menunggang perlahan di bahagian dalam tepi trek sebelum dilanggar dari belakang oleh Rueda yang memecut laju di laluan keluar Selekoh 3.

Hentaman kuat itu menyebabkan kedua-dua pelumba terjatuh dan cedera.

Pasukan perubatan bertindak pantas memberi rawatan awal di tepi trek sebelum kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital berdekatan menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Rueda yang mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo, sepatutnya bermula di petak ketiga manakala Dettwiler di kedudukan ke-25. Rueda sebelum ini mengesahkan gelaran juara dunia Moto3 pada GP Indonesia, 5 Oktober lalu.

Berikutan insiden itu, penganjur terpaksa menjadualkan semula perlumbaan Moto3 yang sepatutnya bermula jam 12 tengah hari kepada 1.45 petang, dengan jumlah pusingan dikurangkan daripada 15 kepada 10.

Perlumbaan MotoGP kekal berlangsung pada jam 3 petang, manakala Moto2 ditunda ke jam 4.30 petang bagi memastikan keselamatan pelumba dan keadaan trek berada dalam tahap terbaik sebelum diteruskan.



Gallery

Tag:

MotoGP
Moto3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MotoGP: Henti Guna Wanita Seksi Colok Mata

KBS diminta menghentikan amalan memperagakan model wanita berpakaian mencolok mata dalam acara sukan permotoran, Kejuaraan Motosikal Dunia di Sepang.

27-11-2024
Berita Auto

Kos Operasi Semakin Tinggi, Maka Kadar Sewa Akan Dinaikkan Tapi Bila?

Kadar sewa di SIC akan dinaikkan pada pertengahan tahun ini.

19-01-2023
Berita Auto

Litar Sepang Bakal Digegarkan Dengan Deruman Petronas Grand Prix of Malaysia 2022!

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali dengan sukan permotoran MotoGP.

16-08-2022
Berita Auto

SIC Kekal Dalam Kalendar MotoGP Hingga Tahun 2024

Sepang lanjut kontrak MotoGP hingga dua tahun lagi.

25-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026