Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Laluan Kereta Api Pasir Mas-Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Akan Dinaik Taraf, Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang bernilai RM264 Juta akan  dilaksanakan selewat-lewatnya  tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, projek itu diluluskan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tahun 2026 dan akan dilaksanakan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), dengan proses perolehan dijangka bermula pada suku pertama tahun depan.

Difahamkan, pelaksanaan projek berkenaan bertujuan mengaktifkan semula laluan itu bagi perkhidmatan tren penumpang dan kargo, sekali gus memperkukuh hubungan rel rentas sempadan Malaysia-Thailand melalui sambungan ke Sungai Golok, Thailand.

image.png

"Projek ini dijangka dimulakan tahun depan selepas proses perolehan selesai dan dijadualkan siap dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kerja naik taraf bermula.

"Skop projek ini meliputi kerja tanah dan landasan, pembinaan pagar, naik taraf Stesen Pasir Mas dan Rantau Panjang serta penambahbaikan sistem semboyan dan komunikasi," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat.

"Apabila siap kelak, laluan ini dijangka memperkasa aktiviti ekonomi sempadan, memudahkan pergerakan barangan serta pelancong, dan menjadi komponen penting dalam usaha kerajaan memperkukuh keterhubungan rel serantau di Pantai Timur," katanya.

Dalam pada itu, Loke menegaskan kerajaan tidak pernah mengetepikan keperluan pembangunan pengangkutan awam dalam menyokong mobiliti rakyat dan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara serta Pantai Timur.

Ini kerana terdapat beberapa projek mega sedang dijalankan di Pantai Timur seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) iaitu perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo berkapasiti tinggi yang moden serta cekap untuk manfaat rakyat Pantai Timur.

Projek ECRL merangkumi jajaran sepanjang 665 kilometer (km) dengan 20 stesen di empat negeri iaitu Kelantan (dua stesen), Terengganu (enam), Pahang (tujuh) dan Selangor (lima) yang menghubungkan Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, dan dijangka siap serta mula beroperasi pada 2027.



Gallery

Tag:

Anthony Loke
Kereta Api Pasir Mas
ECRL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri

Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.

23-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

KLIA Kini Dilengkapi Green Lane Untuk Penumpang Antarabangsa, Apa Itu Green Lane?

KLIA melancarkan sistem Green Lane untuk penumpang antarabangsa.

26-01-2026
Berita Auto

PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

07-01-2026
Berita Auto

Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT

Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

08-12-2025
Berita Auto

Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?

JPJ mendedahkan sebanyak 5.5 juta saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara masih belum dijelaskan orang ramai setakat ini.

07-11-2025
Berita Auto

Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2

Gara-gara gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Menteri Pengangkutan menggesa Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di lapangan tersebut.

18-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026