Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Bermula Tahun Depan, Tiada Lagi Diskaun Saman

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Anda hanya mempunyai dua bulan untuk membayar saman trafik tertunggak dengan harga diskaun sebanyak 50 hingga 70% kerana bermula 1 Januari 2026, kerajaan memutuskan untuk menamatkan pemberian diskaun saman trafik sebaliknya memperkenalkan pendekatan baharu berprinsipkan ‘Lebih Cepat Anda Bayar, Lebih Sedikit Anda Perlu Bayar’ mulai 1 Januari nanti.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti keperluan untuk menyeragamkan kadar dan kaedah pelaksanaan kompaun antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

image.png

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan pelaksanaan undang-undang jalan raya di seluruh negara dilaksanakan secara lebih konsisten, telus dan adil.

“Kaedah lama yang bergantung kepada kempen diskaun khas tidak lagi sesuai kerana mendorong orang ramai menunggu diskaun sebelum membayar saman. Ia tidak adil kepada mereka yang bertanggungjawab dan menjelaskan saman lebih awal,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Rab

Di bawah struktur kadar baharu itu, pengguna yang menjelaskan saman dalam tempoh 1 hingga 15 hari akan menikmati pengurangan 50 peratus, manakala bayaran dalam tempoh 16 hingga 30 hari akan menerima pengurangan 33 peratus.

Bagi bayaran yang dibuat antara 31 hingga 60 hari, kadar kompaun akan dikenakan pada tahap maksimum tanpa sebarang pengurangan.

Sekiranya saman tidak dijelaskan selepas 60 hari, tindakan undang-undang akan diambil termasuk disenaraikan hitam oleh pihak berkuasa. 

Untuk itu, bagi sesiapa yang mempunyai saman tertunggak, anda boleh membayar saman dengan potongan harga  antara 50 hingga 70 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember ini. 

Selepas tempoh berkenaan, katanya, semua saman tertunggak perlu dijelaskan mengikut prinsip baharu tanpa sebarang pengurangan tambahan.



Gallery

Tag:

Minister Of Transport (MOT)
JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MoT Perhalusi Bangunkan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang Di Pulau Carey

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang memperhalusi kaedah pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey (JPPC).

05-12-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

22-10-2025
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Terima 2 Unit Leapmotor C10

Leapmotor Malaysia menyerahkan dua unit kenderaan elektrik penuh (EV) Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), di ibu negara semalam.

27-08-2025
Berita Auto

Setiap Tahun, RM15 Juta Dibelanja Untuk Selenggara Kamera AWAS

Jumlah itu meliputi kerja-kerja penyelenggaraan dan servis kamera serta sistem ‘back office’, selain mencetak saman AWAS.

14-08-2025
Berita Auto

Pengimportan Dummy Seatbelt Buckle Diharamkan Mulai 31 Disember Ini, Sebab Boleh Ragut Nyawa Anda!

Kerajaan akhirnya mengharamkan pengimportan peranti keselamatan palsu dikenali sebagai 'dummy seatbelt buckle' atau pencangkuk palsu mulai 31 Disember ini.

07-07-2025
Berita Auto

Peranti Had Kelajuan Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa 1 Oktober

Kementerian Pengangkutan mengesahkan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (SLD) untuk kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan ekspres akan bermula 1 Oktober ini.

13-06-2025
Berita Auto

"MOT Akan Ambil Tindakan Tegas Sejurus Siasatan Selesai, - Menteri

MOT menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas sejurus siasatan selesai berhubung nahas bas yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI, semalam.

10-06-2025
Berita Auto

MOT Cadang Tarif Elektrif Khas Untuk Pengangkutan Awam

Tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam kerana pengusaha dicaj tarif yang sama seperti syarikat perniagaan biasa.

08-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026