Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

Buat masa ini, Myvi kini dipasarkan sebagai Daihatsu Sirion.

Memetik kenyataan di Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata,  jumlah jualan ketika ini tidak begitu menggalakkan.

"Tetapi jika kami dapat memperkenalkan sesuatu yang baharu di pasaran, saya percaya kami boleh mengekalkan prestasi," katanya pada Japan Mobility Show 2025.

Terdahulu, Indonesia mengumumkan bahawa mereka akan mula menghasilkan kereta buatan tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Presiden Prabowo Subianto dilaporkan berkata bahawa pembiayaan telahpun diperuntukkan dan tanah bagi pembinaan kilang telah disediakan.

"Kami telah memulakan inisiatif ini. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, kami akan mempunyai kereta buatan Indonesia," katanya.

Perkembangan ini berpotensi meningkatkan persaingan untuk PERODUA di pasaran automotif terbesar Asia Tenggara, di mana penjenamaan tempatan dan dasar perindustrian nasional memainkan peranan yang semakin penting.

Namun begitu, hubungan jangka panjang PERODUA dengan syarikat Jepun, Daihatsu β€” yang mempunyai pangkalan pengeluaran besar di Indonesia β€” boleh menjadi kelebihan strategik ketika syarikat itu menilai semula pendekatannya.

Pada masa yang sama, PERODUA turut memperluas jejaknya di pasaran luar negara.

Syarikat itu mula mengeksport kereta terpakai, bermula dengan Bangladesh, kata Zainal Abidin semasa Japan Mobility Show 2025.

Beliau menambah bahawa PERODUA sedang meneroka destinasi baharu seperti Kenya dan Mozambique.

Zainal turut mendedahkan bahawa PERODUA sedang mengkaji Timor-Leste sebagai pasaran baharu yang berpotensi, selepas kemasukannya ke ASEAN baru-baru ini .

"Kami berbangga kerana di negara seperti Papua New Guinea dan Timor-Leste, serta di Surabaya, Indonesia, PERODUA telah menjadi jenama yang dipercayai malah digunakan sebagai kereta peronda polis di beberapa tempat," katanya.



Gallery

Tag:

Perodua
Perodua Myvi
Indonesia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026