Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Sales City Centre Pertama Negara Dibuka Di Bukit Jalil – Imersif & Moden

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-Sales-CityCentre-AtiaraJohan-1.jpg


Jaya Johan Sdn Bhd, syarikat pengedaran Proton yang telah menerima pelbagai anugerah, telah melakar sejarah dengan pembukaan Proton Sales City Centre pertama di negara ini, sebuah bilik pameran generasi baharu dan pusat pengalaman jenama Proton yang serba moden.


Proton-Sales-CityCentre-AtiaraJohan-5.jpgProton-Sales-CityCentre-AtiaraJohan-6.jpg


Terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pusat jualan ini bukan sekadar sebuah pusat 1S biasa kerana ia direka khas untuk mempamerkan model-model terkini Proton di samping teknologi canggih di dalam sebuah ruang baharu yang segar dan mesra pelanggan. Di sini, orang ramai diberi peluang untuk memandu uji semua model Proton serta meneroka sejarah dan visi masa depan syarikat dalam suasana yang imersif. 


Proton-Sales-CityCentre-AtiaraJohan-3.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Atiara Johan, Eric Moo menyatakan, “Proton Sales City Centre menjadi tempat pertama untuk merasai kenderaan terbaru dan inovasi canggih dari Proton. Pelanggan dapat menikmati minuman sambil meninjau jenama itu dalam suasana yang menarik, serta memanfaatkan promosi pelancaran, kemudahan tukar beli dan pelan pembiayaan. Ia bukan sekadar pusat pameran, tetapi juga menghubungkan pelanggan dengan perjalanan Proton ke arah pengeluar automotif bertaraf dunia.”


Eric Moo menambah, “Kami mengalu-alukan kehadiran pelanggan dari seluruh negara untuk merasai pengalaman pusat ini. Setiap pembelian kenderaan akan disokong sepenuhnya oleh pusat 3S kami yang terletak berdekatan.”


Pembukaan Proton Sales City Centre ini mengukuhkan kedudukan Jaya Johan sebagai salah satu pengedar Proton terbaik di Malaysia. Pusat-pusat 3S di bawah pengurusan syarikat sama telah pernah menerima penarafahan 5 bintang daripada Proton.


Proton-Sales-CityCentre-AtiaraJohan-4.jpg


Untuk mengunjugi pusat jualan terbaru ini, anda boleh ke D-1-1, Pusat Perdagangan Bandar, Persiaran Jalil 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pusat ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 010-9097239.

Baca: PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober

Tag:

Pusat Jualan Proton
Jaya Johan Sdn Bhd
Proton Sales City Centre
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

GWM Malaysia dengan bangganya telah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.

12-12-2025
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025
Berita Auto

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Berita Auto

Jualan Proton Tahun Ini Sudah Cecah Lebih 143,000! Saga, X50 Dominasi

Pengeluar kereta nasional, Proton, terus menunjukkan momentum positif dalam pasaran automotif Malaysia.

12-12-2025
Berita Auto

Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.

11-12-2025
Berita Auto

Lega, Semua Harga Minyak Turun 2 Sen Bermula 11 Dis-17 Dis Ini!

Kementerian Kewangan mengesahkan harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan Diesel di Semenanjung Malaysia turun 2 sen bermula 11 Disember hingga 17 Disember ini.

10-12-2025
Berita Auto

Jalan Cameron Highlands Ditutup Esok!

Laluan utama FT059 di Seksyen 24, Lata Iskandar akan ditutup sepenuhnya dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, esok.

10-12-2025
Berita Auto

BYD Malaysia Jual Lebih 25K Unit Kereta Kurang 3 Tahun Di Malaysia!

Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, bersama rakan kongsi tempatan, BYD Sime Motors, hari ini mengumumkan kejayaan cemerlang di pasaran Malaysia setelah berjaya mencatatkan angka jualan terkumpul lebih daripada 25,233 unit.

10-12-2025