Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jangan Masuk KL Jika Tiada Urusan Mustahak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, bermula 26 hingga 28 Oktober ini jika tiada urusan mustahak.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata penutupan dan lencongan jalan secara berkala akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi melancarkan perjalanan delegasi luar negara ke sidang itu.

Menurutnya, penutupan jalan dilaksanakan secara berperingkat bermula 17 Oktober lalu dan akan dipertingkatkan sepanjang sidang kemuncak itu, terutama ketika berlangsungnya majlis-majlis rasmi.

"Justeru, orang ramai disarankan untuk mengelak kawasan pusat bandar tanpa urusan penting, merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam.

Mohd Khalid berkata, laluan yang terkesan terutama sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur seperti Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang dan Persiaran KLCC.

Beberapa lebuh raya turut terbabit, iaitu Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway (GUTHRIE).


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026