Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tular: Pemandu Lori Kelapa Sawit Cuba Larikan Diri Daripada Polis

Suhana Veru

Kongsi melalui

nafi-kenderaan-SUV-tidak-boleh-didaftarkan-sebagai-e-hailing-(3).jpg

Seorang pemandu lori membawa muatan buah kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan yang enggan berhenti untuk pemeriksaan sebuah kereta peronda polis berjaya ditahan semalam.

Lelaki berusia 47 tahun itu berjaya ditahan pada pukul 7 malam, kira-kira tujuh jam selepas memecut lorinya memasuki kawasan ladang kepala sawit bagi mengelak ditahan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya, lori tanpa nombor pendaftaran dipandu suspek yang membawa muatan buah kelapa sawit ditemui dalam keadaan mencurigakan di Felda Ketengah Jaya di sini pada pukul 12.10 tengah hari semalam.

“Lelaki itu enggan bekerjasama memberhentikan lori dipandunya untuk pemeriksaan apabila diarahkan anggota polis bertugas.

“Sebaliknya suspek memecut lorinya ke jalan tanah menuju ke kawasan ladang sawit,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, begitupun, keberadaan lelaki itu berjaya dikesan sebelum ditahan tidak lama kemudian.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Kita turut merampas lori jenis Isuzu yang dipercayai dipandu lelaki itu ketika kejadian,” katanya. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026