Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Banjir 2021 Boleh Berulang, Hujan Lebat, Baik Naik Pengangkutan Awam, Ini Tips Untuk Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Beberapa kawasan berpotensi banjir telah dikenal pasti di ibu negara, sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negara ketika ini.

Malah, hujan lebat  berterusan sejak semalam menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk Shah Alam berhubung tragedi banjir besar pada penghujung tahun 2021 berulang lagi.

Untuk itu, warga kota dan Selangor dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang alik ke tempat kerja dan bagi yang menetap di kawasan hot spot banjir juga disarankan meletakkan kenderaan di tempat tinggi.

Seperti mana diketahui, ketika ini jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 10,460 orang setakat jam 7 pagi ini dengan lapan negeri terjejas.

Di sebalik itu, Carz.com ingin berkongsi beberapa perkara asas untuk persediaan ketika musim banjir. Orang ramai yang memiliki kenderaan disarankan semak insurans sama ada mempunyai perils khas atau tidak.

Untuk makluman anda,  perlindungan  peril khas ini adalah untuk  memberi perlindungan untuk kerosakan kereta akibat kejadian bencana alam seperti banjir, ribut, taufan, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya.

image.png

Bagi yang menetap di kawasan banjir, pastikan anda mempunyai peril khas sebelum berhadapan dengan risiko kereta rosak angkara banjir, manakala bagi mereka yang tidak mempunyai perils khas, anda  dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di kawasan tinggi.

Selain itu, warga kota dan Selangor juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana khuatir banjir seperti mana yang berlaku pada tahun 2021 berulang lagi. Malah,sejak pagi tadi hampir semua kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor sesak teruk.

Penulis sendiri tersangkut dalam kesesakan lebih satu jam ketika menghala dari Putra Heights ke Serdang Raya.

Melihat kepada taburan hujan kali ini, kejadian banjir 2021 dilihat boleh berulang memandangkan beberapa kawasan di Shah Alam sudah pun dinaiki air sejak pagi tadi.

Pada 2021, bencana alam termasuk banjir besar yang melanda beberapa negeri sehingga meragut lebih 50 nyawa.

Banjir besar itu sama sekali tidak dijangka terutamanya ia turut melanda Lembah Klang, khususnya Selangor yang padat dengan penduduk, sehingga rakyat dari serata pelosok negara berusaha menabur bakti menghulurkan bantuan.

Hujan lebat berterusan selama dua hari ketika itu menyebabkan Hulu Langat, Kuala Langat, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling dan Kuala Lumpur di Lembah Klang, serta Bentong, Mentakab dan Temerloh di Pahang 'tenggelam.'


Gallery

Tag:

banjir
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Tol Rawang & Federal Highway Dilanda Banjir

Kejadian banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.

06-07-2026
Berita Auto

Kereta Masuk Longkang, Nasib Semua Selamat

Empat sekeluarga terselamat selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam longkang ketika cuba meredah air banjir.

28-11-2025
Berita Auto

Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Jalan Di Shah Alam Ditutup!

Beberapa laluan utama di sekitar di Shah Alam i ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

24-11-2025
Berita Auto

Selepas Letupan Gas, Kampung Tengah Dilanda Banjir

Kebanyakan penduduk sempat mengalihkan kenderaan mereka, pagi tadi.

11-04-2025
Berita Auto

Nilai Dinaiki Air, Ada Mangsa Nyaris Dihanyut Arus Deras

Selepas Putrajaya tenggelam, Nilai, Negeri Sembilan pula dilanda banjir, semalam.

09-12-2024
Berita Auto

Musim Banjir: Orang Ramai Dinasihat Tidak Redah Banjir

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika memandu sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) terutamanya di negeri terjejas banjir.

02-12-2024
Berita Auto

Banjir: KTMB Mula Batal Tren Ke Pantai Timur

Tren terjejas akibat banjir dan tanah mendap di beberapa kawasan.

29-11-2024
Berita Auto

Warga Emas Maut, Kereta Terbabas Dalam Parit Ketika Banjir

Seorang warga emas ditemui lemas dalam keretanya.

28-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026