Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan  dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata jajaran jalan yang merangkumi Jalan Kuala Baram By Pass, Miri, dari Sungai Baram hingga ke Institut Latihan Perindustrian Miri, sedang dalam proses perolehan tender oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

image.png

Projek itu dirancang untuk meningkatkan tahap infrastruktur jalan raya serta memperkukuh rangkaian pengangkutan darat di wilayah utara Sarawak.

"Selain itu, jajaran sepanjang 9.7 km yang merupakan laluan redline sedang diselenggara oleh syarikat konsesi sejak 1 Jun lepas.

"Jajaran menuju Kuala Baram ini pada asalnya adalah jalan negeri dan kemudian ditukar milik kepada jalan Persekutuan memandangkan peranannya sebagai penghubung utama antara Malaysia dan Brunei," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.


Beliau menjawab soalan Chiew Choon Man (PH-Miri) mengenai usaha kerajaan memperbaiki dan menaik taraf bahagian Jalan Kuala Baram By Pass Miri yang berada dalam keadaan teruk.

Nanta berkata bagi kerja menaik taraf laluan redline, Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan kerja menaik taraf struktur jalan yang semakin uzur akibat pertambahan jumlah kenderaan, termasuk kenderaan berat dan muatan berlebihan.

"Memandangkan jalan ini menjadi penghubung utama dua negara, usaha menaik taraf adalah penting bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.

"Di bawah skop Kerja Penyenggaraan Rutin, pihak konsesi perlu melakukan rondaan pemeriksaan rutin jalan persekutuan dua kali seminggu. Jika terdapat kerosakan seperti jalan berlubang, kerja tampalan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam," katanya.

Beliau berkata penalti akan dikenakan terhadap syarikat konsesi sekiranya tindakan yang diambil melebihi dari tempoh tindakan yang ditetapkan.


Gallery

Tag:

Trans Borneo
Kementerian Kerja Raya (KKR)
LTB
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR

Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.

09-12-2025
Berita Auto

SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan

Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.

08-12-2025
Berita Auto

Projek Lebuhraya Trans Borneo Bermula Tahun Depan,- Menteri

Seksyen Miri, Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), dijangka bermula suku pertama tahun hadapan.

03-12-2025
Berita Auto

Projek Siapkan MEX II Dianggarkan RM449 Juta, Kos Mungkin Naik

Kos bagi menyiapkan baki kerja pembinaan Projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) dianggarkan berjumlah RM449 juta.

03-12-2025
Berita Auto

Lubang Benam Di Melaka, Mujur Tiada Kemalangan Jiwa

Kegagalan struktur pembentung bawah tanah (culvert)dipercayai punca kejadian lubang benam yang berlaku di Melaka.

30-11-2025
Berita Auto

Aplikasi Navigasi Lebuh Raya TuJu Diperkenal, Mudahkan Perjalanan Anda

TuJu dibangunkan untuk memudahkan perancangan perjalanan di lebuh raya.

27-11-2025
Berita Auto

Caj Masuk Genting Highlands, KKR Masih Belum Terima Sebarang Dokumen

KKR mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang kertas cadangan daripada Genting Malaysia Berhad berhubung kutipan tol untuk memasuki kawasan peranginan itu.

19-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026