Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hari Krismas, Cuti Sekolah: KTMB Tambah 4 Lagi Perkhidmatan ETS

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana anda tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sempena Hari Krismas dan musim cuti sekolah tahun ini memandangkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Hari krismas dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.

Perkhidmatan itu disediakan bermula dari 19 Disember 2025 hingga 11 Januari depan.

KTMB berkata, perkhidmatan tambahan itu merangkumi laluan KL Sentral–Padang Besar–KL Sentral pada setiap hari dari 19 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026, membabitkan dua perkhidmatan.

Selain itu, perkhidmatan tambahan turut disediakan bagi laluan KL Sentral–Butterworth–KL Sentral pada setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad), iaitu pada 19 hingga 21 Disember 2025, 26 hingga 28 Disember 2025, 2 hingga 4 Januari 2026 dan 9 hingga 11 Januari 2026, juga membabitkan dua perkhidmatan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 22,680 tiket ditawarkan bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang sepanjang musim cuti hujung tahun.

image.png

"Tiket tren tambahan akan mula dijual pada 21 November 2025 (Jumaat) bermula jam 10 pagi," katanya.

KTMB memaklumkan, tren ETS tambahan itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memenuhi permintaan tinggi apabila tiket perkhidmatan tren ETS biasa habis dijual.

Untuk jadual perjalanan, pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi dan saluran media media rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.


Gallery

Tag:

KTM Komuter
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025
Berita Auto

ETS, KTM Komuter Lewat Semuanya Sebab Kecurian Kabel

Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter lewat pada tahun ini disebabkan kecurian kabel.

21-11-2025
Berita Auto

Komuter, ETS Lewat, Rupanya Disebabkan Kecurian Kabel Lagi

Kecurian sepanjang 350 meter mengakibatkan kelewatan tren melebihi 60 minit bagi perkhidmatan Komuter Utara dan tren elektrik (ETS).

10-06-2025
Berita Auto

Penumpang Terkandas: KTMB Tawar Diskaun 50% Untuk Semua Penumpang Di Lembah Klang

Gara-gara operasi tren lewat, KTMB menawarkan diskaun tambang perjalanan kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang sebanyak 50% bermula 3 Jun hingga 4 Jun Jun 2025.

03-06-2025
Berita Auto

MOT Cadang Perkenal KTM Komuter di Johor, Sokong RTS Link

Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan komuter sebagai sokongan kepada Projek Rapid Transit System Link (RTS Link).

26-04-2024
Berita Auto

Semua 80 Stesen KTM Komuter Kini Boleh Guna Kad Debit, Kredit, E-Dompet

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah merasmikan Sistem Pembayaran Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

09-02-2024
Berita Auto

Sempena Thaipusam, Tambang Komuter Percuma

Tambang percuma itu bermula 23 Januari ini.

14-01-2024
Berita Auto

Diskaun Sehingga RM6 SETIAP HARI Untuk Pengguna KTM, Ini Caranya...

Berita baik untuk pengguna perkhidmatan keretapi KTM Komuter, ETS dan KTM Intercity!

15-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto