Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hujan Lebat Malam Ini, Punca Beberapa Negeri Berpotensi Banjir Esok

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Perhatian! Sekiranya hujan turun tanpa henti malam ini, beberapa negeri akan dilanda banjir kilat esok.

Perkara itu disahkan disahkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selepas mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, dengan hujan sangat lebat dijangka berlarutan sehingga 29 November 2025.

Memetik kenyataan akhbar Kosmo, antara kawasan yang berada pada tahap Bahaya ialah Kemaman (Terengganu), Maran, Kuantan dan Pekan (Pahang), Klang, Kuala Langat dan Sepang (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Seremban dan Port Dickson (Negeri Sembilan).

Sementara itu, beberapa negeri lain diletakkan pada tahap Buruk, termasuk Perak, Terengganu (kawasan tambahan), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan lain-lain), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).

Bagi tahap Waspada, kawasan terlibat ialah Kedah (Kulim, Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Krian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar), Kelantan serta Johor (Batu Pahat, Kluang dan Mersing).

Bagi yang tinggal di kawasan rendah, pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi.

nderaan anda diletakkan di tempat tinggi.

Gallery

Tag:

MET Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026