- Berita
- Berita Auto
- Kesesakan Dari Senawang-KL Bakal Selesai Tidak Lama Lagi

Nampaknya kesesakan trafik dari Senawang menghala ke Kuala Lumpur bakal selesai apabila projek pembinaan susur keluar masuk (interchange) baharu di Nilai diluluskan dan dijadualkan bermula tahun hadapan.
Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mengulas lanjut, beliau berkata, projek berkenaan yang akan melalui laluan Nilai–Labu–Enstek (NLE) diluluskan dalam mesyuarat Malaysia Vision Valley (MVV) baru-baru ini, dengan Kerajaan Persekutuan menanggung kos keseluruhan pembinaan.

“Kita dimaklumkan akan ada jalan baharu dan Plaza Tol Plus baharu yang akan dimulakan pembinaannya tahun depan. Projek ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan ketika ini pengurusan lanjut sedang diperincikan.
“Laluan baharu ini penting bagi menyuraikan trafik yang semakin sesak terutama dari Senawang ke arah Utara, termasuk ke Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri, di sini, hari ini.
Untuk makluman projek NLE sepanjang 18 kilometer itu kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Julai 2026, sekali gus menjadi laluan alternatif utama bagi pengguna dari kawasan selatan menuju ke Lembah Klang.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/