Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LRT Laluan Mutiara Dipanjangkan, Maka Kos Pembinaan Bertambah Mahal

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menteri Pengangkutan mengakui jajaran laluan projek transit aliran ringan (LRT) laluan Mutiara yang semakin panjang dari bahagian Pulau hingga menyeberangi Seberang Perai akan menyebabkan kos pembinaan semakin mahal.

Menterinya, Anthony Loke, berkata ketika rundingan awal pelaksanaan LRT itu ia hanya ingin dilaksanakan di bahagian Pulau sebelum kerajaan pusat memutuskan mengambil alih projek berkenaan.

"Perdana Menteri sendiri mengarahkan supaya LRT ini sambung sampai ke Penang Sentral yang masa saya berunding berbincang dengan beliau (rundingan awal) saya tak berani minta tambahan.

image.png

"Saya kata, biar federal (kerajaan pusat) ambil alih dekat Pulau pun kita sudah cukup happy (gembira) tapi Perdana Menteri, orang Pulau Pinang. "Dia (Anwar) kata 'saya anak Permatang Pauh, anak Cherok Tokun, kalau buat dekat Pulau sahaja macam mana saya nak balik kampung', jadi kena sambung sampai Penang Sentral.

"Saya tidak mempunyai masalah, malah saya kata sebagai Menteri Pengangkutan lagi panjang jajaran lagi bagus cuma selalunya Menteri Kewangan tak akan setuju sahaja, sebab lebih panjang lebih mahal," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang di Juru, semalam.

Buat masa ini ,pihaknya akan membuat kajian terperinci sama ada untuk memanjangkan jajaran LRT di kawasan Seberang Perai yang lain.

Untuk rekod, anggaran asal kos pelaksanaan Projek LRT Bayan Lepas di Pulau Pinang adalah RM10 bilion pada 2016, berdasarkan jajaran dari Pulau Silikon ke Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan pada awal 2024 membuat keputusan untuk mengambil alih projek itu, yang kini dikenali sebagai LRT Laluan Mutiara, dengan jajaran yang dilanjutkan dari Macallum ke Penang Sentral melibatkan kos RM16.8 bilion


Gallery

Tag:

Penang LRT Mutiara Line
Minister of Transport YB Anthony Loke
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Persatuan Pengusaha Lori Minta Menteri Jawab 26 Tuntutan Dalam Masa 48 Jam!

Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori SeMalaysia dan Persatuan Pemandu-Pemandu Lori SeMalaysia memberi tempoh 48 jam kepada Menteri Pengangkutan, untuk menjawab 26 perkara dituntut dalam memorandum yang diserahkan, semalam.

20-11-2025
Berita Auto

Sah! LRT 3 Beroperasi 31 Disember Ini, Kata Menteri Pengangkutan

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi pada 31 Disember ini.

18-11-2025
Berita Auto

Rupanya Aerotrain Tergendala Disebabkan Isu Teknikal

MoT menafikan gangguan perkhidmatan Aerotrain di KLIA Sepang berpunca akibat kegagalan sistem perkhidmatan berkenaan.

07-07-2025
Berita Auto

Pangkalan Data Bakal Dibangunkan, Mampu Kesan Pemandu Bas Bermasalah

Dengan adanya sistem pangkalan data, syarikat bas menilai kelayakan serta latar belakang pemandu sebelum mereka diambil bekerja.

12-06-2025
Berita Auto

Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri

Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan sibuk.

05-06-2025
Berita Auto

Maut Digilis LRT: MOT Arah Prasarana Pasang Pintu Keselamatan Di Semua Stesen

MOT mengarahkan Prasarana mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen LRT.

04-06-2025
Berita Auto

"Jangan Guna Runner Untuk Pemeriksaan Puspakom, - MoT

Isu membabitkan ‘runner’ ketika pemeriksaan di Puspakom hanya akan membahayakan keselamatan pemandu serta penumpang.

19-02-2025
Berita Auto

Kerajaan Lanjut Inisiatif Kadar Tambang RM499 Untuk Musim Perayaan

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum sebanyak RM499 pada musim perayaan

03-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026