Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LRT Pulau Pinang: Bermula Jan 2026, Tetap Diteruskan Walaupun Musim Perayaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampakknya, kerja-kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara akan bermula pada Januari 2026.

Kerja-kerja diteruskan walaupun pada musim perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari dan sambutan Aidilfitri pada Mac.

Mengulas lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata kerja pembinaan tidak dapat ditangguhkan dengan mengambil kira jadual pembinaan yang sangat padat bagi menyiapkan projek pada Disember 2031.

"Selain itu, sebarang kelewatan dalam mencapai sasaran penyiapan kerja juga akan mencetuskan klausa denda seperti termaktub dalam kontrak.

"Bagaimanapun, pelaksanaan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) pada musim perayaan akan disusun agar tidak menjejaskan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya dalam menghadapi peningkatan trafik," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Zairil memaklumkan kontraktor Pakej Sivil Utama 1 (CMC1) SRS Consortium Sdn Bhd (SRS) telah mengenal pasti tiga lokasi hotspot yang akan lebih terjejas akibat pembinaan projek LRT iaitu Jalan Magazine, persimpangan di hadapan Sunny Point di Batu Uban, dan Jalan Sultan Azlan Shah di Kawasan Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas.

Beliau berkata Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTC) telah disyaratkan melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menyediakan TMP bagi setiap lokasi stesen bermula dari George Town hingga Permatang Damar Laut supaya langkah mitigasi dapat dianalisis dan dilaksanakan dengan lebih terperinci.

image.png

Menurut beliau, TMP terperinci yang disediakan oleh MRTC telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan pada 14 Okt lepas dan ia sedang dilaksanakan secara berperingkat mengikut lokasi untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan akibat aktiviti pembinaan di jalan terlibat.

LRT Laluan Mutiara yang melibatkan pembinaan laluan sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik, direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta menambah baik ketercapaian.

Pelan jajaran utama merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di Georgetown dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir di sepanjang laluan.

Gallery

Tag:

LRT Pulau Pinang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Gamuda Sudah Terima Notis, Laksanakan Projek LRT Pulau Pinang

Gamuda Bhd telah menerima notis mula kerja (NTP) daripada MRT Corp bagi pakej kerja sivil pertama projek laluan LRT Pulau Pinang.

17-07-2025
Berita Auto

LRT Pulau Pinang Bakal Dibina, Antara Projek Mega 2025

Nampaknya, projek LRT Pulau Pinang akan mendahului senarai projek mega 2025.

24-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026