Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Monorel Bawa 373 Penumpang Rosak Di Tengah Landasan, Seorang Penumpang Pengsan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang penumpang pengsan gara-gara monorel  yang membawa 373 penumpang terkandas di atas rel di laluan antara Stesen Monorail Jalan Sultan Ismail menghala ke Stesen Monorail Chow Kit, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 9.39 pagi.

image.png

Dengan bantuan pihak pengurusan Monorail, kesemua mangsa yang terlibat telah berjaya dipindahkan ke sebuah tren gantian dan kemudiannya diturunkan berhampiran Stesen Monorail Jalan Sultan Ismail.

Sementara itu, mangsa yang pengsan telah diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada petugas perubatan KKM untuk menerima rawatan lanjut.

Dalam perkembangan sama, Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata pegawai transit yang berada di dalam tren itu berjaya memindahkan penumpang ke stesen berhampiran.

Sehubungan itu, pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren perantara alternatif antara stesen KL Sentral dan Hang Tuah, serta antara Hang Tuah dan Bukit Nanas.


Gallery

Tag:

Monorel
Rapid Rail Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rapid KL Umum Semua Perkhidmatannya Beroperasi 24 Jam Bermula 30, 31 Ogos Ini

Perkhidmatan LRT, MRT, Monorel serta Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway akan beroperasi 24 jam selama dua hari bermula dari 30 dan 31 Ogos ini.

26-08-2025
Berita Auto

Lif Monorel Dibuka Secara Berperingkat

Pihak Rapid Rail sudah memasang lapan lif di lima stesen monorel di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

19-05-2025
Berita Auto

Pintu Automatik Di Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambanthan, Sudah Operasi

Pemasangan PAGS di beberapa stesen monorel dijangka sepenuhnya selewat-lewatnya hujung tahun ini.

26-11-2024
Berita Auto

PERHATIAN: Buat Semua Pengguna MRT, LRT, MONOREL!

Perjalanan pengguna akan menjadi lebih lancar dengan penambahan dan peningkatan kekerapan tren.

12-03-2024
Berita Auto

Rapid KL Lanjut Operasi Sehingga 1.30 Pagi

Rapid KL akan melanjutkan operasi rel dan bas di beberapa lokasi terpilih pada Ahad ini.

29-12-2023
Berita Auto

Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam

Seorang lelaki parah pada kepala selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam, pagi tadi.

04-07-2025
Berita Auto

Pintu Automatik Di Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambanthan, Sudah Operasi

Pemasangan PAGS di beberapa stesen monorel dijangka sepenuhnya selewat-lewatnya hujung tahun ini.

26-11-2024
Berita Auto

Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjut 1 Pagi

Rapid Rail Sdn Bhd akan melanjutkan waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada malam Sabtu ini.

22-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026