Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Musim Banjir: Proton Lancar Program Bantuan Banjir 2025, Ringankan Bebas Pemilik Proton Terjejas

Suhana Veru

Kongsi melalui

PROTON-2025-Flood-Relief-Program-will-run-from-26-November-2025-until-31-May-2026-and-is-available-at-all-PROTON-Authorised-Service-Centres-and-Body-&-Paint-(B&P)-outlets.jpg

PROTON melancarkan Program Bantuan Banjir 2025 untuk membantu pemilik kenderaan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. 

Program ini sudah bermula sejak dua hari lepas dan akan berakhir pada  31 Mei ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON,  Datuk Abdul Rashid Musa menyifatkan pihaknya menyedari  kereta yang rosak akibat banjir memang menjejaskan rutin harian,.

"Ramai pemilik perlukan bantuan cepat yang mereka boleh percayai. Jadi, Program Bantuan Banjir 2025 yang ini ditawarkan untuk membantu meringankan kos dan memastikan pelanggan menerima sokongan yang tepat agar kenderaan mereka dapat dibaiki dengan jelas dan teratur sepanjang musim monsun ini,” katanya.

Di bawah program ini, pelanggan yang dilindungi oleh Proton Insurance Programme (PIP) layak menerima:

• Diskaun 50% untuk alat ganti terpilih bagi model Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES)

• Diskaun 25% untuk alat ganti terpilih bagi model X dan S70

• Diskaun 25% untuk upah bagi semua model

Bagaimanapun, pelanggan tanpa PIP turut menikmati:

• Diskaun 30% untuk alat ganti terpilih bagi model PIES

• Diskaun 15% untuk alat ganti terpilih bagi model X dan S70

• Diskaun 25% untuk upah bagi semua model

image.png

Sehubungan itu, pemilik  kenderaan yang terjejas digalakkan untuk mengunjungi pusat servis PROTON yang terdekat apabila keadaan sudah selamat.

Juruteknik terlatih akan menjalankan pemeriksaan dan mencadangkan kerja pembaikan berdasarkan struktur program ini.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1 800 88 8398.


Gallery

Tag:

Program Bantuan Banjir 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026
Berita Auto

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto

Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak

Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.

04-02-2026
Berita Auto

Lari Daripada Polis Sebab Ada Dadah, Nyawa Pula Melayang!

Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut, manakala rakannya parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, Kedah.

04-02-2026