- Berita
- Berita Auto
- Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Trak Polis

Seorang anggota polis ditahan selepas trak pikap dipandu bertembung dua motosikal di Jalan Persiaran Wawasan, berhampiran Kompleks Seri Putera, Kedah menyebabkan seorang penunggangnya maut manakala seorang lagi cedera parah.
Kejadian berlaku sekitar jam 10.20 malam kelmarin, ketika pikap polis berkenaan sedang melakukan rondaan sebelum bertembung.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu pikap polis itu.
"Penunggang motosikal berusia 24 maut manakala seorang lagi penunggang berusia 25 tahun cedera dan ketika kejadian mereka dari arah Seriab ke kawasan Gua Sami.
"Anggota yang memandu pikap polis itu ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu ibu saudara mangsa, Noor Farizah Hazain, 39,menuntut siasatan dibuat terhadap anggota yang terbabit kes itu dapat memberi keadilan terhadap kematian mangsa.
Noor Farizah enggan mengulas lanjut mengenai penahanan anggota polis itu kerana tidak mahu membuat sebarang tuduhan, tetapi mengakui saksi kejadian memberitahu keluarga kenderaan polis terbabit didakwa memasuki laluan bertentangan sebelum pertembungan berlaku.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
