Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek Penyuraian Trafik PTJSD Selesai Masalah Ribuan Pengguna, Bakal Siap Tahun 2030

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Projek penyuraian trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) dianggar bernilai RM3 bilion bakal menyelesaikan kesesakan teruk di lokasi berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kesesakan trafik antara kedua-dua plaza tol berkenaan menyebabkan ribuan kenderaan kerap terperangkap, sekali gus masa rakyat terbuang di atas jalan.

"Kesesakan trafik antara dua plaza tol ini bukan isu baharu kerana ia sudah lama berlaku setiap pagi dan petang apabila ribuan kenderaan terperangkap.

"Hal ini mengakibatkan produktiviti kerja menurun dan akhirnya kualiti hidup rakyat turut terkesan," katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Menyedari permasalahan itu, Alexander berkata, kerajaan mengambil langkah berani dan strategik untuk melaksanakan projek penyuraian trafik sepanjang 17.3 kilometer (km) merentasi tiga daerah utama iaitu Seberang Perai Selatan, Tengah dan Utara.

"Ia adalah inisiatif penting Kerajaan Perpaduan MADANI sebagai usaha menyeluruh mengurangkan kesesakan, mempertingkatkan kecekapan laluan, dan memudahkan kehidupan rakyat.

"Pelaksanaan projek ini diamanahkan kepada PLUS Malaysia Berhad sebagai pelaksana utama yang mana KKR dan PLUS akan menggunakan kaedah 'Build-Operate-Transfer' (Bina-Kendali-Pindah).

"Kaedah ini bukan sahaja mempercepat pelaksanaan, tetapi turut membantu mengurangkan beban kewangan kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata, projek yang dijangka siap pada 2030 itu berupaya mengurangkan kesesakan trafik dengan 30 peratus daripada pengguna akan beralih ke laluan terus baharu Juru–Sungai Dua yang disediakan.

Katanya, ia sekali gus memendekkan masa perjalanan pada waktu puncak dari satu jam kepada 20 minit.

"Projek ini membabitkan komponen pembinaan utama iaitu menaik taraf jalan dari Plaza Tol Juru ke Plaza Tol Sungai Dua, mereka bentuk laluan terus Persimpangan Juru Utara (Auto City) dengan penyuraian trafik secara fizikal serta penaiktarafan persimpangan sedia ada dari Perai ke Juru.

"Projek turut membabitkan naik taraf Persimpangan Timur-Barat dan pengurusan trafik di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) dan penaiktarafan bertingkat baharu di Jalan Tun Hussein Onn.

Sepanjang tempoh pembinaan, katanya, KKR memberi jaminan bahawa pelan pengurusan trafik yang teliti akan dilaksanakan supaya gangguan kepada pengguna dapat diminimumkan.

Gallery

Tag:

PTJSD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026