Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sah! Tiada Kes Isi Padu RON95 Kurang, - KPDN

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

"Tiada kes kekurangan isi padu RON95 dikesan,!

Itu kata Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam.

Memetik laporan Bernama, KPDN tidak mengesan sebarang kesalahan yang melibatkan kuantiti (isi padu) minyak petrol RON95, setakat ini.

Difahamkan, KPDN menjalankan pemeriksaan selepas menerima  aduan pengguna yang mendakwa kuantiti petrol yang diterima kurang daripada jumlah sepatutnya selepas pelaksanaan Program BUDI MADANI RON95.

KPDN telah membuat pemeriksaan rawak terhadap 2,282 dispenser RON95 di 584 stesen minyak pelbagai jenama, termasuk Stesen Minyak Utama, Stesen Minyak Mini, dan Stesen Minyak Mini Tanpa Jenama, bermula 3 hingga 9 November lalu.

"Pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua pam dispenser telah menjalani proses penentusahan (verification) dan tempohnya masih sah, memastikan ketepatan fungsi pam dispenser berada dalam ralat yang dibenarkan serta mengesan sebarang unsur manipulasi atau ketidakpatuhan teknikal oleh pengusaha stesen minyak.

"Sepanjang operasi dijalankan, tiada kesalahan yang melibatkan kuantiti (isipadu) minyak RON95 di bawah ralat maksimum yang dibenarkan dikesan," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, pemeriksaan berkala akan diteruskan dari masa ke masa, dan tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat unsur manipulasi atau ketidakpatuhan mengikut peruntukan undang-undang.

Mana-mana individu yang didapati bersalah mengurangkan kuantiti kepada pengguna boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972, yang memperuntukkan denda maksimum RM4,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, serta pelucutan hak ke atas alat timbang atau sukatan.

Pengguna yang mempunyai maklumat atau aduan boleh menyalurkannya melalui WhatsApp di 019-8488000 / 019-2794317, portal e-aduan@kpdn.gov.my atau pusat panggilan di talian 1-800-886-800.




Gallery

Tag:

The Ministry Of Domestic Trade and Living Cost (KPDN)
BUDI MADANI RON95
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95 - Tanggungan Keluarga, Status Pekerjaan Diambil Kira

Tanggungan dalam keluarga serta status pekerjaan akan turut diambil kira dalam memutuskan kriteria penyaluran subsidi RON95.

19-11-2024
Berita Auto

Ramai Yang Buat Rayuan Untuk Dapatkan Subsidi Diesel

KPDN mengesahkan pihaknya akan mengambil maklum rayuan pelbagai pihak berhubung subsidi diesel.

28-06-2024
Berita Auto

Tarik Lesen Jika Enggan Benarkan Pasang CCTV!

Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menangani penyeludupan diesel dan petrol.

26-06-2024
Berita Auto

Cadangan Lemon Akan Dibentang Tahun Depan, Sebab Banyak Perkara Perlu Diteliti

Kajian Lemon Law membabitkan pelantikan perunding terdiri daripada pakar perundangan.

04-06-2024
Berita Auto

PERHATIAN! Buat Golongan B40! Kerajaan Bakal Perkenalkan Pinjaman Pembiayaan, Insurans Kereta Rahmah

KPDN bercadang mewujudkan kemudahan pinjaman pembiayaan pembelian kenderaan dan insurans, bagi membantu golongan B40 di bawah inisiatif Payung Rahmah.

16-03-2023
Berita Auto

Serah PROTON X70 Untuk Kegunaan Penguatkuasaan

Proton menyerahkan 28 unit Proton X70 kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) di Putrajaya baru-baru ini.

20-01-2023
Berita Auto

Penduduk Sempadan ‘Kongsi’ MyKad, Penyeludupan RON95 Masih Berleluasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesan ada kemungkinan segelintir penduduk di kawasan sempadan memberi MyKad mereka kepada penyeludup.

08-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026