- Berita
- EV
- Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Halaman Facebook salah satu pengedar Perodua mengesahkan bahawa kenderaan elektrik pertama Perodua akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.
Tertera kapsyen You're invited to offcial launch the new Perodua EV, Monday 1 Disember 2025 at 11 a.m," tulisnya.
Selain itu, tertera gambar yang memaparkan siluet sebuah kereta tetapi dalam bayangan hitam.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempromosikan model kenderaan elektrik (EV)keluaran Perodua itu ketika lawatan kerja sempena menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan
Apa yang diketahui setakat ini ialah Perodua membangunkan EV ini sepenuhnya melalui kerjasama pasukan tempatan.
Bagaimanapun, komponen utama seperti motor pacuan dan bateri masih dibekalkan oleh CATL, syarikat pengeluar bateri terkemuka dunia yang terletak di China.
EV pertama Perodua ini akan dijual sekitar RM80,000, sekali gus menjadikannya pesaing rapat kepada Proton e.MAS 5 dan Proton e.MAS 7.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/