Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

WCE Catat Pertumbuhan Kukuh, Kutipan Tol Memberangsangkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jika 12 lebuh raya lain mengalami kerugian namun WCE Holdings Bhd (WCEHB) pula mencatatkan pertumbuhan hasil dan trafik yang kukuh bagi suku kedua berakhir 30 September 2025.

Memetik kenyataan akhbar Berita Harian, untuk tempoh enam bulan berakhir 30 September 2025, kumpulan mencatatkan hasil RM548.1 juta, meningkat 142 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Lonjakan ini dipacu oleh kutipan tol yang memberangsangkan serta kemajuan pesat dalam pembinaan lebuh raya serta rehat dan rawat (R&R).

Bagi suku kedua tahun kewangan 2026, hasil dicatatkan sebanyak RM154.3 juta, meningkat dua peratus berbanding suku sama tahun kewangan 2025,

Kumpulan merekodkan kerugian sebelum cukai RM35.9 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 dan RM70.5 juta bagi enam bulan tahun kewangan 2026, sejajar dengan corak biasa perniagaan konsesi pada fasa awal operasi,khususnya akibat peningkatan perbelanjaan faedah dan caj pelunasan apabila lebih banyak seksyen dibuka kepada pengguna.

Lapan daripada 11 seksyen lebuh raya kini beroperasi, meliputi jajaran sepanjang 180 kilometer di Selangor dan Perak.

Purata trafik harian (ADT) meningkat 30 peratus, menunjukkan penerimaan positif dalam kalangan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif WCEHB, Lyndon Alfred Felix, berkata syarikat komited untuk menyiapkan baki seksyen lebuh raya bagi mencapai penyiapan penuh menjelang tahun kewangan 2027.

"Walaupun terdapat cabaran berhubung pengambilan tanah di Kampung Jawa, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 November 2025 yang menolak saman oleh bekas pemilik tanah telah mengesahkan kesahihan notis pengambilan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

"Keputusan ini merupakan perkembangan positif yang membolehkan proses penguatkuasaan baki tanah diteruskan dalam masa terdekat. Ini seterusnya membolehkan kerja pembinaan berjalan mengikut jadual dan kekal berada pada landasan untuk mencapai tarikh siap yang disasarkan," katanya dalam satu kenyataan.

Gallery

Tag:

West Coast Expressway (WCE)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

WCE Jangka 120K Kenderaan Sempena TBC, Ini Yang Akan Dilaksana Demi Keselesaan

WCE menjangkakan peningkatan trafik harian melebihi 120,000 kenderaan dan telah melaksanakan langkah-langkah proaktif.

06-02-2024
Berita Auto

Hati-Hati Jika Lalu LSA

Pelaksanaan lencongan trafik di Lebuhraya Shah Alam bermula hari ini.

14-12-2023
Berita Auto

Seksyen 11 Laluan Beruas-Taiping Selatan WCE Bakal Siap Hujung Tahun Ini

WCESB mengumumkan empat seksyen tambahan Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan mula beroperasi.

11-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026
Berita Auto

Bahang Melampau, Cermin Kereta Retak Sekelip Mata

Waspada bahang matahari! Lelaki kongsi detik cermin kereta retak hingga rugi ribuan ringgit, mujur insurans cover.

31-03-2026