Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Awas! Jangan Beli RON95, Guna IC Orang Lain, Ini Natijahnya!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang lelaki warga tempatan akhirnya  ditahan selepas disyaki menggunakan MyKad milik orang lain bagi menebus bantuan program Budi Madani RON95 (Budi95) di sebuah stesen minyak di Gemencheh, dekat sini, semalam.

Individu  berusia 42 tahun itu dipercayai mengambil kesempatan ke atas kehilangan MyKad milik mangsa.

Suspek menggunakannya untuk menebus subsidi bahan api di sebuah stesen minyak di Gemencheh, Negeri Sembilan, dengan menyamar sebagai pemilik sah dokumen berkenaan.

Perbuatan itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik MyKad menyedari berlaku penebusan BUDI95 atas namanya walaupun tidak pernah berbuat demikian, sebelum tampil membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bahagian Penguatkuasaan (BSK) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya berkata,  tangkapan dibuat susulan aduan daripada pemilik sebenar MyKad selepas mendapati berlaku penebusan Budi95 tanpa pengetahuannya.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 42 tahun telah menggunakan MyKad tersebut di stesen minyak di Gemencheh. Lelaki itu ditahan di sebuah Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru, Sungai Lerek pada pukul 12.00 tengah hari,” katanya.

Menurut JPN, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) dan 25(1)(o), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki serta menggunakan kad pengenalan bukan miliknya.

Sehubungan itu, itu, JPN menegaskan bahawa memiliki atau menggunakan MyKad milik orang lain untuk apa-apa tujuan termasuk penebusan bantuan kerajaan adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.-KOSMO! ONLINE


Gallery

Tag:

JPN
BUDI95
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham

JPN menegaskan tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan.

07-04-2026
Berita Auto

Boleh Ke Guna MyKad Ahli Keluarga Beli RON95 Bersubsidi

Setiap warga negara dikehendaki menyimpan MyKad masing-masing dan tidak boleh diserahkan kepada orang lain.

06-04-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Gaya Hidup

Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'

Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.

19-05-2026
Berita Auto

Isu Klasifikasi Baharu 'T15/T20' Hangat Diperkatakan, Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kewangan II

Kecoh isu minyak untuk T20, kerajaan tampil beri jawapan sebenar!

18-05-2026
Berita Auto

BUDI95 150 Seliter Sebulan: Ini Kata Menteri

Timbalan Menteri Kewangan menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang pengumuman atau dasar baharu bagi pihak kerajaan termasuk had 150 liter subsidi bagi program Budi95.

12-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026