Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bakal Pasangan Maut, KKR Ucap Takziah, Orang Awam Dinasihati Patuhi Papan Tanda Amaran Jalan Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Kerja Raya (KKR) memandang serius kes sebuah Toyota Fortuner yang dinaiki bakal pengantin terhumban ke dalam gaung setinggi 60 meter di  Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris – Sg Gawi – Aring (Bukit Kawah), Terengganu, semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri  Alexander Nanta Linggi berkata, beliau dan  seluruh pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) merakamkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga.

image.png

"Insiden seumpama ini amatlah dikesali, apatah lagi setiap agensi terlibat telah melaksanakan usaha pencegahan dengan penutupan jalan dan meletakkan pelbagai tanda amaran di kawasan berkenaan," katanya.

Berdasarkan laporan awal yang diterima daripada JKR Hulu Terengganu, kejadian berlaku pada 5 Disember 2025 melibatkan kenderaan orang awam yang telah memasuki laluan yang telah ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna jalan raya akibat runtuhan jalan sebelum ini. 

image.png

"Papan tanda amaran dan penghadang konkrit telah dipasang dengan jelas oleh pihak JKR sebagai langkah keselamatan.  Penutupan laluan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 merangkumi sebahagian Jalan Persekutuan FT36 dari Seksyen 55.60 hingga Seksyen 139.30.

Langkah penutupan berterusan turut dipantau bersama oleh pihak konsesi penyelenggaraan," katanya.

Sehubungan itu,  KKR mengingatkan orang awam untuk sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta tanda penutupan yang dipasang di lokasi bencana bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.

image.png

Susulan kejadian itu, pihak Jabatan Kerja Raya telah mengambil tindakan segera termasuk memasang papan tanda amaran dan sekatan konkrit di kedua-dua arah laluan, laporan polis dibuat terhadap pencerobohan laluan tertutup dan membuat pendaftaran maklumat bencana jalan runtuh di portal rasmi.  

Untuk makluman anda, KKR melalui JKR sudah mendapat kelulusan untuk pembinaan jambatan di LALUAN FT036, SEKSYEN 89.00, JALAN ARING  8 – TASIK KENYIR – KUALA JENERIS, DAERAH HULU TERENGGANU yang telah diluluskan pada 25 Mac 2025 dengan kos projek sebanyak RM36 juta. 

Status terkini adalah diperingkat perolehan dengan Surat Setuju Terima dijangka diserahkan pada sukuan keempat Disember 2025.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki dan wanita dipercayai bakal berkahwin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota Fortuner dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam gaung tersebut.

Dalam kemalangan pukul 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Hassan Shazali, 52, yang juga seorang guru, dan pasangannya, Suzaimah Che Azis, 34, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Difahamkan,  laluan dilalui kenderaan dipandu Hassan sebenarnya telah ditutup untuk kegunaan awam sejak lebih setahun lalu ekoran kejadian tanah runtuh.



Gallery

Tag:

Toyota Fortuner SUV
kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan

Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.

08-12-2025
Berita Auto

Terima Kenderaan Baharu, Ada Tujuannya!

Sebanyak 58 kenderaan diserahkan kepada JPJ, baru-baru ini.

22-07-2024
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026