Link Copiedcheck_circle
EV

Butiran Mona M03 Didedahkan, Jarak Gerak - 640KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Memandangkan sudah lebih setahun Xpeng Mona M03 membuat penampilan sulungnya, model baharu Mona dikatakan akan menerima beberapa perubahan kecil.

Perubahan yang dimaksudkan itu adalah dari segi reka bentuknya, ciri-ciri di dalam kabinnya termasuk  jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 640 km.

image.pngimage.png

Berdasarkan laporan  CarNewsChina, Mona M03 baharu akan ditawarkan dengan tiga pilihan bateri LFP, semuanya dibekalkan oleh Eve Energy. 

Pek bateri berkapasiti  51.8 kWh, mampu  memberikan jarak pemanduan sejauh 540 km, 510 km, 500 km, 520 km, 490 km dan 485 km, namun jarak itu sebenarnya bergantung kepada varian. 

image.pngimage.png

Sementara itu, pek bateri kedua pula ialah unit LFP yang lebih besar berkapasiti 61.6 kWh, dimana ia mampu menawarkan jarak pemanduan masing-masing 610 km, 590 km, 585 km dan 570 km.

Bagi pek bajetri berkapasiti 62.2 kWh, Xpeng mendakwa, ia mampu menawarkan jarak pemanduan sejauh 625 km dan 640 km.

Sebagai makluman, jarak pemanduan ini adalah berdasarkan piawaian CLTC.

Dari segi  kuasa, semua versi Mona M03 baharu akan dilengkapi dengan  motor elektrik tunggal pacuan roda belakang (RWD) yang sama seperti model terkininya, dengan kuasa maksimum sehingga 215 hp (160 kW).

Ini membolehkan sedan EV ini mencapai kelajuan maksimum 170 km/j.

image.pngimage.png

Dari aspek reka bentuk, Mona M03 menerima beberapa perubahan kecil selain  mengekalkan gaya badan sedan empat pintu fastback yang sama seperti model sedia ada.

Antara perubahan yang ketara ialah bampar hadapan dan belakang yang direka semula dengan saluran udara, serta dipadankan dengan  rim bersaiz 18 atau 19 inci dengan empat rekaan berbeza.

Dari segi dimensi, Mona M03 baharu juga bertambah panjang sebanyak 5 mm berbanding model sebelumnya kerana menggunakan  bampar baharu. 

image.png

Untuk itu, ia kini mempunyai ukuran panjang 4,785 mm, lebar 1,896 mm dan tinggi 1,445 mm, dengan jarak roda 2,815 mm.

Setakat ini, Xpeng belum berkongsi sebarang maklumat mengenai bahagian dalaman serta tarikh pelancaran rasmi Mona M03 baharu.

Namun, berdasarkan masa pendedahan maklumat ini, ada kemungkinan ia akan menjadi model tahun 2026  bagi sedan EV tersebut.

Gallery

Tag:

Updated Xpeng Mona M03
Xpeng Mona M03 EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026