- Berita
- EV
- Butiran Mona M03 Didedahkan, Jarak Gerak - 640KM

Memandangkan sudah lebih setahun Xpeng Mona M03 membuat penampilan sulungnya, model baharu Mona dikatakan akan menerima beberapa perubahan kecil.
Perubahan yang dimaksudkan itu adalah dari segi reka bentuknya, ciri-ciri di dalam kabinnya termasuk jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 640 km.


Berdasarkan laporan CarNewsChina, Mona M03 baharu akan ditawarkan dengan tiga pilihan bateri LFP, semuanya dibekalkan oleh Eve Energy.
Pek bateri berkapasiti 51.8 kWh, mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 540 km, 510 km, 500 km, 520 km, 490 km dan 485 km, namun jarak itu sebenarnya bergantung kepada varian.


Sementara itu, pek bateri kedua pula ialah unit LFP yang lebih besar berkapasiti 61.6 kWh, dimana ia mampu menawarkan jarak pemanduan masing-masing 610 km, 590 km, 585 km dan 570 km.
Bagi pek bajetri berkapasiti 62.2 kWh, Xpeng mendakwa, ia mampu menawarkan jarak pemanduan sejauh 625 km dan 640 km.
Sebagai makluman, jarak pemanduan ini adalah berdasarkan piawaian CLTC.
Dari segi kuasa, semua versi Mona M03 baharu akan dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang (RWD) yang sama seperti model terkininya, dengan kuasa maksimum sehingga 215 hp (160 kW).
Ini membolehkan sedan EV ini mencapai kelajuan maksimum 170 km/j.


Dari aspek reka bentuk, Mona M03 menerima beberapa perubahan kecil selain mengekalkan gaya badan sedan empat pintu fastback yang sama seperti model sedia ada.
Antara perubahan yang ketara ialah bampar hadapan dan belakang yang direka semula dengan saluran udara, serta dipadankan dengan rim bersaiz 18 atau 19 inci dengan empat rekaan berbeza.
Dari segi dimensi, Mona M03 baharu juga bertambah panjang sebanyak 5 mm berbanding model sebelumnya kerana menggunakan bampar baharu.

Untuk itu, ia kini mempunyai ukuran panjang 4,785 mm, lebar 1,896 mm dan tinggi 1,445 mm, dengan jarak roda 2,815 mm.
Setakat ini, Xpeng belum berkongsi sebarang maklumat mengenai bahagian dalaman serta tarikh pelancaran rasmi Mona M03 baharu.
Namun, berdasarkan masa pendedahan maklumat ini, ada kemungkinan ia akan menjadi model tahun 2026 bagi sedan EV tersebut.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/