Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Continental Tyre Malaysia Lancar Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat

Suhana Veru

Kongsi melalui



A1_poster_v3_QR_FINAL_Preview.jpg

Continental Tyre Malaysia melancarkan Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat untuk semua tayar kereta penumpang, SUV dan 4x4, sebagai komitmennya untuk meningkatkan keyakinan pelanggan dan kualiti produknya.

Waranti ini tertakluk kepada semua tayar kereta penumpang, SUV dan 4x4 jenama Continental,General Tire, dan Viking.

Apa yang cukup menarik ialah  waranti  ini menawarkan perlindungan untuk sepanjang jangka hayat tayar dan menggantikan waranti pengilang lima tahun yang terdahulu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova menyifatkan pihaknya bukan sekadar menghasilkan tayar.

"Kami membina keyakinan. Waranti ini bukan hanya jaminan, ia menunjukkan kawalan ketat kami terhadap kualiti yang tidak berbelah bagi dan inovasi yang kami terapkan dalam setiap produk kami," katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, waranti ini merangkumi perlindungan ke atas kecacatan pengilang melalui keseluruhan jangka hayat tayar.

Namun, kerosakan akibat faktor luaran diluar kawalan Continental, contohnya seperti tayar pancit, dipotong/terbelah, atau impak yang disebabkan oleh kerosakan jalan, adalah dikecualikan daripada waranti ini.

image.pngimage.png

Bagi menambahkan lagi keyakinan pelanggan, Continental tetap terus menawarkan perlindungan di bawah Waranti Pelan Keyakinan untuk Kerosakan Jalan (Total ConfidencePlan (TCP) Road Hazard Warranty), yang memberikan perlindungan 12 bulan dari tarikh pembelian terhadap kerosakan disebabkan oleh risiko di jalan yang tidak dijangka, apabila pembelian didaftarkan di bawah aplikasi Conti TCP.

Continental menekankan bahawa pelanggan tidak perlu risau tentang tarikh pembuatan tayar, kerana Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat dan TCP memberikan perlindungan menyeluruh untuk memastikan kualiti, prestasi, dan kebolehpercayaan tayar sepanjang tempoh penggunaannya.

image.png

Polisi ini mengukuhkan lagi reputasi Continental sebagai rakan mobiliti yang dipercayai dalam mengekalkan standard tertinggi mereka terhadap keselamatan dan prestasi, dengan syarat tayar-tayar ini dibeli di Malaysia.

Tuntutan ke atas waranti ini akan diterima hanya setelah pemeriksaan dilakukan oleh wakil Continental yang diperakui atau pengedar yang sah. Bayaran balik akan dikira secara prorata berdasarkan purata kedalaman bunga tayar (RTD) yang belum digunakan.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.continental-tires.com/my/en/products/car/tyres-warranty/warranty-policy/. 



Gallery

Tag:

Continental Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tayar Continental SportContact 7 Kini Di Malaysia – Cengkaman Lebih Padu!

Continental Tyres telah melancarkan tayar Ultra Ultra High Performance (UUHP) generasi terkini.

13-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Menteri Jelaskan Laporan Media Mengenai Tak Bayar Saman, Tak Layak Dapat Subsidi BUDI95

Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan saman tertunggak sebenarnya tidak akan menjejaskan orang ramai daripada menikmati kelayakan subsidi BUDI95.

09-12-2025
Berita Auto

Subaru Forester Terpilih Model Terbaik Jepun 2025-2026 – Kalahkan Honda Prelude & Toyota Crown

Subaru Forester generasi keenam telah diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan bagi anugerah berprestij Japan Car of the Year (JCOTY) 2025-2026.

09-12-2025
Berita Auto

Selepas QV-E, Perodua Nexis/Traz Pula Bakal Dilancarkan Dis Ini

Perodua menyiarkan satu lagi video teaser mengenai model terbaharunya iaitu Perodua Nexis/Traz.

09-12-2025
Berita Auto

Jika Boleh, Kita Mahu Setiap Inci Jalan Diterangi Lampu – Menteri KKR

Kementerian Kerja Raya mahu setiap setiap inci di jalan raya dilengkapi lampu jalan namun pihaknya mengakui berdepan kekangan sumber.

09-12-2025
Berita Auto

KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB menawarkan diskaun 30% sempena pembukaan ETS JB Sentral bermula dari 12 Disember ini hingga 11 Januari 2026.

09-12-2025
Berita Auto

Perodua QV-E, Ada Yang Dah Mula Pandu Uji

Sebuah Perodua QV-E dirakam sedang dipandu uji di Glenmarie, Selangor.

08-12-2025
Berita Auto

SUV Junam Dalam Gaung, Siapa Alihkan Papan Tanda Di Lokasi Kemalangan

Menteri Kerja Raya menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu.

08-12-2025
Berita Auto

Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT

Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

08-12-2025