Link Copiedcheck_circle
Global

GWM Wey G9 Dilancar Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sub-jenama premium di bawah Great Wall Motor (GWM), Wey  telah melancarkan secara rasmi Wey G9 Hi4 di Thailand pada harga 2.349 juta bhat (RM302,000). baru-baru ini.

Ketibaannya di pasaran pemanduan kanan (RHD) sebenarnya memberi isyarat bahawa Malaysia juga akan menerima model terbabit   sebelum akhir tahun ini atau pun sekitar awal Januari 2026.

image.png

Lagipun,  Wey G9 sudah pun didedahkan di Malaysia.

Berbalik di pasaran Thailand, negara jiran  menerima versi RHD  dimana pelancaran ASEAN untuk model ini juga dilihat agak  rancak.

image.pngimage.png

Pelancaran itu juga mengesahkan pertukaran nama untuk rantau ini. Model yang sebelum ini dipersembahkan di KLIMS 2024 sebagai Wey 80 kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Wey G9 untuk pasaran serantau.

Dari segi saiz, G9 Hi4 spesifikasi Thailand meniru kembarnya dari China pemanduan kiri (LHD), iaitu Gaoshan. Ia berukuran 5,050 MM panjang dan 1,900 MM tinggi, serta sedikit lebih lebar pada 1,985 MM.

Menjengah bahagian kabinnya,  ia membawa pakej berfokuskan kemewahan yang sama seperti yang ditunjukkan semasa pratonton di Malaysia, termasuk dengan adanya skrin  tengah 14.6 inci, paparan kepala (head-up display), tempat duduk baris kedua graviti sifar, peti sejuk terbina dalam dan skrin infotainmen belakang bersaiz besar.

image.png

Kuasa disalurkan melalui sistem hibrid plug-in yang menggabungkan enjin turbo 1.5 liter dengan dwi motor elektrik. Padanan ini menghasilkan 442 hp dan 642 Nm tork, manakala bateri 44.28 kWh menyediakan sehingga 170 KM jarak pemanduan elektrik mengikut piawaian NEDC.

Untuk Malaysia, kami sebelum ini mengesahkan bahawa pemasangan CKD untuk Wey G9, sama seperti GWM Haval H6, akan dikendalikan oleh EPMB. Thailand pula telah pun mempunyai kilang GWM di Rayong, yang memasang Haval H6 dan model elektrik penuh Ora Good Cat.

image.pngimage.png

Nampaknya, strategi GWM untuk rantau ini semakin berubah di mana setiap pasaran menguruskan pengeluaran sendiri untuk memenuhi permintaan tempatan.

image.png

Jika hala tuju ini diteruskan, Wey G9 yang dijual di setiap pasaran mungkin akan dipasang secara tempatan. Begitupun, tiada sebarang pengesahan berhubung perkara ini.


Gallery

Tag:

GWM Wey G9
Wey 80 Malaysia
GWM Wey
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

GWM Malaysia dengan bangganya telah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.

12-12-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Berita Auto

GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.

17-09-2025
Kereta Baru

Wey 80 Cecah 1,000 KM – MPV PHEV Pertama Malaysia?

GWM Malaysia sekali lagi mempertontonkan Wey 80 kepada umum, menerusi sesi pratonton khas di Setia City Convention Centre pada 19 hingga 20 Julai.

21-07-2025

Berita Terkini

Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025