Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harap Tabah! Kelantan Sesak Luar Biasa, Ramai Terperangkap Atas Jalan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Laluan utama pengguna jalan raya dari Kelantan ke Kuala Lumpur iaitu Jalan Gua Musang–Merapoh mengalami kesesakan luar biasa sehingga kenderaan hampir tidak bergerak, ketika ini.

Tinjauan menerusi beberapa siaran langsung di media sosial TikTok mendapati, kesesakan panjang berlaku di laluan selepas bandar Gua Musang menghala ke kawasan Rehat dan Rawat Gua Musang sehingga Merapoh.

Keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada permukaan jalan rosak akibat hujan berterusan selain kerja pembinaan lebuh raya baharu yang masih belum siap, sekali gus mengecilkan laluan dan memperlahankan aliran trafik.

Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah  pertambahan kenderaan apabila ramai pengguna jalan raya dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Krismas dan cuti persekolahan.


Gallery

Tag:

Kelantan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

"Pemanduan Bertukar Sebaik Masuk Kelantan," - Ketua Polis Kelantan

Pihak polis mendapati sikap pemanduan segelintir anak perantau bertukar sebaik saja memasuki Kelantan.

03-06-2025
Berita Auto

Rakyat Kelantan Tak Perlu Sangkut 'Jem' Lagi, Sebab ECRL Dijangka Operasi 2027!

Nampaknya, rakyat Kelantan boleh menarik nafas lega memandangkan dua tahun lagi mereka boleh pulang beraya menaiki Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

18-04-2025
Berita Auto

Belanjawan 2025: Rakyat Kelantan Harap Infrastruktur Jalan Raya Diperbaik

Penduduk di Kelantan berharap agar isu infrastruktur, terutama jalan raya, diberikan keutamaan dalam Belanjawan 2025.

18-10-2024
Berita Auto

RM83.5 Juta Diperuntukkan Baik Pulih Jalan Kelantan

Kelantan telah menerima peruntukan sebanyak RM83.5 juta daripada Persekutuan untuk membaik pulih jalan Persekutuan yang rosak.

11-04-2024
Berita Auto

Warga Rohingya Semakin Ramai Memandu Secara Haram Di Kota Bharu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sejumlah 343 notis saman kepada warga asing tahun lalu.

02-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026