Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Industri Automotif Tempatan Bakal Tempuhi 'Ujian Besar' Tahun Depan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_Proton-e.MAS-5_First-Drive_EXT_-1.jpg


Selepas mencatatkan angka memberangsangkan pada 2025, industri automotif tempatan dijangka berdepan era yang mencabar tahun hadapan.


Menurut firma penyelidikan CIMB Securities, jumlah volum industri (TIV) diramalkan menyusut sebanyak 2% kepada 774,000 unit pada 2026, berbanding anggaran 790,000 unit bagi tahun 2025. Penurunan ini didorong oleh kenaikan harga jualan purata kenderaan serta ketidaktentuan polisi yang masih berterusan.


Adakah Jenama Nasional Seperti Proton Dan Perodua Kekal Kebal?


web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-30-(1).jpg


Walaupun pasaran diramal sedikit hambar, jenama tempatan dijangka terus mendominasi pasaran. CIMB Securities melihat beberapa faktor penyumbang:

  • Permintaan Pembeli Pertama: Golongan yang baru bekerja tetap akan memilih model mampu milik daripada Proton dan Perodua.
  • Kesan BUDI95: Subsidi petrol RON95 melalui program BUDI95 menjadi 'talian hayat' yang membantu mengurangkan beban kos pemilikan kenderaan enjin pembakaran dalam (ICE).
  • Kedudukan Pasaran: Fokus kepada pasaran massa menjadikan kedua-dua jenama ini pilihan yang baik bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Apa Nasib Kenderaan Elektrik (EV) Import CBU Bermula Januari 2026?


Ini adalah berita penting buat bakal pembeli EV. Tempoh ‘bulan madu’ pengecualian cukai bakal berakhir dan bakal muncul cukai baharu bermula Januari 2026 yang mana EV import sepenuhnya (CBU) dijangka akan dikenakan duti import 30% dan duti eksais 10%.


Sementara itu, untuk pembeli yang telah membeli tahun ini, hanya unit yang memasuki Malaysia sebelum 28 Disember 2025 sahaja layak menikmati pengecualian cukai lama. Kelayakan dikira berdasarkan tarikh masuk ke negara, bukan tarikh pendaftaran atau penyerahan kepada pelanggan.


Langkah ini bakal memberi kelebihan kepada jenama seperti BYD, Zeekr dan XPeng yang telah membawa masuk stok lebih awal untuk menyokong jualan pada separuh pertama 2026.


Adakah EV Pemasangan Tempatan (CKD) Masih Mendapat Insentif?


REZA-CKD-(2)-full_normal.jpg


Berita baik untuk anda yang merancang membeli EV pemasangan tempatan, EV CKD akan terus menikmati pengecualian cukai sehingga tahun 2027.


Proton dengan model e.MAS 5 dan Perodua menerusi QV-E dijangka akan menguasai segmen EV pada 2026 kerana harga yang lebih kompetitif hasil daripada insentif CKD ini.


Adakah Berlaku Perubahan Pengiraan Duti Eksais? 


web_MBA_CariCarz_2025-Xpeng-G6-Facelift-Launch_-2-(1).jpg


CIMB Securities turut mendedahkan bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada MAA mengenai penangguhan pengiraan semula nilai pasaran terbuka (OMV) yang akan menaikkan lagi duti eksais. Pelaksanaannya ditangguhkan enam bulan lagi ke Julai 2026 (sepatutnya Januari 2026). Sekiranya OMV dikira berdasarkan formula lama, terdapat potensi kenaikan harga atas jalan (OTR) kenderaan antara 10-30%. 


Penangguhan ini menyelamatkan harga kereta daripada naik secara mendadak buat masa ini, terutamanya jenama Jepun dan Eropah yang banyak melakukan pemasangan tempatan.

Sumber: BERNAMA

Tag:

CIMB Securities
MAA
Industri Automotif Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto

Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026

Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.

27-12-2025
Berita Auto

Pembeli EV Lega, Walau Kereta Diterima Selepas 1 Januari, Masih Ada Insentif Cukai

Menjelang kiraan detik ke tahun 2026, timbul kegusaran dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik (EV) tentang status pengecualian cukai mereka.

23-12-2025
Berita Auto

Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia

Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.

26-08-2025
Berita Auto

MAA Dedah Data Jualan Kereta Dari Jan - Ogos 2024

Jualan kereta Januari hingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 533,301 unit dimana angka jualan itu dilihat meningkat 6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

19-09-2024
Berita Auto

Jualan Kenderaan Meningkat 6.6% Separuh Pertama 2024, Unjuran Baharu Lebih Tinggi – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan peningkatan jumlah volum industri (TIV) jualan kenderaan baharu Malaysia sebanyak 6.6%.

16-07-2024
Berita Auto

Jualan Kenderaan Merosot 18% April 2024 – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan laporan rekod jualan kenderaan negara bagi April 2024, ini perinciannya...

20-05-2024
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

PUSPAKOM Kenakan Caj RM5 Untuk Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kereta Bermula Ahad Ini

PUSPAKOM Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.

02-01-2026
Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

Pemilik Motosikal ‘Tayar Sotong’ Meratap Nasib Di Ambang Tahun Baharu

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bertukar menjadi 'igauan ngeri' buat sekumpulan pemilik motosikal apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melancarkan Op Samseng Jalanan besar-besaran.

02-01-2026
Berita Auto

Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak

KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan.

02-01-2026
Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Pemandu Treler Sagat Kereta, Rupanya Dah Tunggu Sejam

Pemandu treler didakwa melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian berikutan desakan selain mendakwa telah menunggu satu jam lebih di situ.

31-12-2025
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025